CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 2

Pemandu Tersepit Lori 'Masuk' Rumah

[Copy link]
Post time 15-2-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah lori tiga tan terbabas dan melanggar sebuah rumah kosong di Kampung Padang Kerbau.


Kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi tadi itu menyebabkan pemandu lori berusia 30 tahun tersepit dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.




Seorang pemandu lori tersepit selepas lori yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Padang Kerbau, Alor Gajah, pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM





Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Ayer Keroh digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 11.54 pagi, Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Fadhil Saidin.


“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat sebuah lori tiga tan terbabas dan melanggar sebuah rumah kosong.


“Terdapat seorang mangsa yang mana pemandu lori itu tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya.


Awani melaporkan, rumah jenis struktur kayu itu tidak mengalami sebarang kerosakan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik x ada kemalangan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga nama kampung padang kerbau selain dari kat temerloh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.206481 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list