CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kejam Kalau Tuduh Kami Guna Kontroversi Aliff-Sophia Lariskan Drama'

15-2-2023 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1170| Komen: 5


Biarpun timbul kontroversi melibatkan teraju utama, Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz, pengarah Osman Ali berharap penonton tetap memberi sokongan terhadap drama tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, pengarah Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu khuatir cerita sensasi membabitkan dua pelakon itu menjejaskan minat penonton untuk mengikuti drama yang ditayangkan di TV3 itu.



Utusan

“Saya harap tontonan tidak terjejas disebabkan cerita kontroversi mereka. Saya bimbang, ada juga yang marah dan menolak untuk menonton drama berkenaan kerana kecewa dengan situasi yang berlaku.

“Setakat ini, saya lega, meskipun ada netizen yang marah dan mengecam pelakon tersebut, jumlah tontonan terhadap posting dan treler di media sosial masih menggalakkan.

“Apapun, saya anggap ini sebagai asam garam industri. Mahu atau tidak, kena terima,” katanya.

Osman pada masa sama mengulangi ketegasannya menolak andaian sengaja mencetus kontroversi tersebut sebagai taktik penerbit dan stesen televisyen melariskan drama berkenaan.

“Ini bukan promosi drama. Ia kerja gila kalau kontroversi itu digunakan untuk melariskan drama kerana secara tidak langsung akan menjejaskan emosi kedua-dua pelakon tersebut.

“Pihak kami khuatir dan telah berbincang dengan TV3 untuk mencari langkah menyelesaikan isu terbabit kerana tidak mahu ia mengganggu proses penggambaran.

“Kalau ada yang tuduh kami menggunakan situasi itu untuk melonjakkan rating tontonan, mereka kejam,” ujarnya.

Bagaimanapun, selaku pengarah, dia dianggap tidak adil sekiranya melepaskan tanggungjawab dan membiarkan situasi yang berlaku menjejaskan emosi Sophia dan Aliff.

Justeru, dia memberi mereka motivasi kerana Aliff dan Sophia tertekan dengan apa yang berlaku. 

Apatah lagi kedua-dua mereka profesional, berkelakuan baik dan memberi kerjasama penuh ketika bekerja. 

Tambahnya, Sophia seorang yang baik, berbudi bahasa dan beradab. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 03:39 PM
Quote HoneyManjer 15-2-2023 04:21 PM
entah2 mmg sengaja buat citer gituh..
sbb aku tgk citer ni takde la best sangat...
just personal opinion
Quote gideoncross 15-2-2023 04:34 PM
HoneyManjer replied at 15-2-2023 04:21 PM
entah2 mmg sengaja buat citer gituh..
sbb aku tgk citer ni takde la best sangat...
just personal opi ...

Dorg ni ada yg silent reader kat forum Cari kot
Quote tagas 16-2-2023 10:01 AM
Cari makan maaaa
Quote dudaberhias 16-2-2023 10:26 AM
apa yang kejam2... sah2 la fishy tiap kali gosip pasal kau je gosip pasal kau curang... yihhhh... ulang2 benda sama lama2 dah basi dah dikkk.... ko cuba ulang lagi buat gosip sama yang kau curang lepasni... hujung2 netizen dah tak amik port dah... deorang dah move on ke jejan yang lagi herlokkk... takpun kalih channel ke animal planet jah... yang mampu netflix dan viu kalih ke drama korea atau thailand...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.028522 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top