CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peruntukan Besar Berbanding Negara Asean Lain, Tapi Kenapa Pendidikan Makin Terbelakang? - Syed Saddiq

15-2-2023 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1030| Komen: 11

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik prestasi pendidikan negara meskipun mendapat peruntukan besar daripada kerajaan, lapor MalaysiaKini.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang juga Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, perbelanjaan pendidikan negara menyaksikan peruntukan lebih tinggi berbanding beberapa negara ASEAN.



FB

“Kita belanjakan dalam purata 20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita bagi tujuan peruntukan pendidikan, (namun) di Singapura mereka hanya membelanjakan 11 peratus malah di Jepun hanya tujuh peratus.

“Maksudnya perbelanjaan pendidikan anak Malaysia itu tiga kali ganda daripada lebih tinggi dari Jepun dan Singapura dua kali ganda.

“Ini per kapita maksudnya per individu, tetapi walaupun sedemikian kenapa pengeluaran pendidikan kita makin terbelakang,” katanya dalam sesi perbahasan menjunjung kasih kebawah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau juga menyuarakan kebimbangan sistem pendidikan negara yang berada pada tahap mencemaskan.

Justeru ia memerlukan perhatian bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga semua parti penyokong kerajaan dan pembangkang.

“Saya tidak mahu sistem ini dijadikan ‘new’ normal di mana hanya apabila sesuatu isu itu diviralkan barulah ada tindakan yang menyeluruh diambil untuk memastikan bahawa sekolah daif, infrastruktur asas untuk sekolah daif itu dapat diperbaiki sepenuhnya.


Loading FB Post...

“Sampai ke hari ini saya masih terima laporan bahawa kurangnya infrastruktur, lemahnya sistem pendidikan infra asas itu masih berterusan, jambatan terputus kena tunggu dua ke tiga bulan sebelum dapat digantikan, anak-anak datang dari keluarga susah terpaksa guna ‘flying fox’, sampan untuk pergi ke sekolah.

“Ia memerlukan perubahan dasar yang berani, peruntukan tambahan, tetapi bukan sahaja peruntukan tanpa perubahan dasar tetapi perubahan dasar yang besar dan bermakna supaya sistem pendidikan kita mampu memintas negara-negara lain,” katanya. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 15-2-2023 02:56 PM
Please Slash gaji guru.....gaji tinggi.....lebih banyak main tiktok dgn forum...waktu sanggang

Hamjad betul....

Kahkahkahkah
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 03:00 PM
betul tu....
Quote Clan204 15-2-2023 03:05 PM
20 % KDNK TU... tengok sekolah pun banyak yang teruk... hahaha
Quote opie5662 15-2-2023 03:58 PM
Dah cikgu pon batak jadi influenza.... Budak2 pon malas belajar sbb nk jadi influenza jgk...
Quote Highflyer19 15-2-2023 04:05 PM
Ya ka…rskyat Malaysia very knowledgable compared to other citizens/countries…selain ilmu yg kita dptvdi sekolah rmai jugak yg suka mmbaca baik yg printed mahupun online…most of us are well versed in most current issues…suffice to say kadar celik huruf paling tinggi among Asean…budak2 sklh rndah bila bckp pun nnpak matang…subjek2 yg diajar pun bertepatan dgn zaman skrg…tu pun ada yg komplen too heavy for students their age…ok jer pendidikan kita…and more importantly most Msians are highly educated and most of us are smarter than all ministers combined…
Quote tripleid 15-2-2023 04:29 PM
Edited by tripleid at 15-2-2023 04:30 PM

Selain duit peruntukan byk kena songlap oleh kjaan lama..budak2 skrg mkin bodoh sbb kuat main tiktok
Quote Highflyer19 15-2-2023 05:10 PM
Manakala yg bodoh bertingkat tu blh aje pi kekas tuisyen utk kurangkan tahap kebengapan tu…lama2 pandai lh jugak…sbnarnya tak ada istilah bodoh cuma malas berfikir ataupun sbb terlau taksub dgn sesuatu spt pemimpin pojaan sampai lupa utk bfikir  dgn waras…kesian org mcm ni

Quote nanasno 16-2-2023 10:21 AM
banyak duit kena songlap ngan orang tengah dik. nak projek kena hulur. dah dpt projek sub kat orang . sub sub sub sub sub sampai abang jamil mampos. sebab tu sekolah kat sabah sarawak rupa macam sekolah dalam hutan.
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2023 10:34 AM
Apabila lebai terlalu focus pada arak sehinggakan mereka terlupa yang memusnahkan banyak negara islam adalah rasuah
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:21 PM
SUSAH NAK CAKAP
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:29 PM
semua tak kena erk

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056989 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top