CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebuhraya Delhi-Mumbai Kini Yang Terpanjang Di India

15-2-2023 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1595| Komen: 27

Fasa pertama lebuh raya menghubungkan New Delhi ke hab kewangan Mumbai kini dibuka, lapor BH Online yang memetik CNN.

Lebuh raya sepanjang 1,386 kilometer (km) itu mempunyai lapan laluan lorong, empat di setiap arah tersedia.



Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India. - Foto AGENSI

Jalan raya yang kini terpanjang di negara itu memendekkan separuh masa perjalanan antara dua bandar menjadi 12 jam, menjadi peristiwa penting dalam usaha India memodenkan infrastruktur.


Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India. - Foto AGENSI


"Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India," kata Perdana Menteri India, Narendra Modi semasa majlis perasmian.


Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India. - Foto AGENSI

Tambahnya, pembangunan lebuh raya yang memakan belanja kira-kira AS$13 bilion (RM56.5 bilion) itu dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan India selain menyediakan hubungan yang lebih pantas antara ibu negara dan lima negeri: Haryana, Rajasthan, Madhya Pradesh, Gujarat, dan Maharashtra. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 02:52 PM
tahniah laaaa
Quote Thunderclouds 15-2-2023 02:54 PM
Tetap saing² ngn pedati jugak ka?
Quote kelip2_07 15-2-2023 04:19 PM
sepanjang hi way tu brape byk ade stsesen minyak?
Quote Highflyer19 15-2-2023 05:13 PM
R n R ada tak…jgn pulak nnti berak tepi jln mcm tmpt2 lain kt india tu…susah betul nk buat toilet
Quote axl_bach 15-2-2023 05:57 PM
kelip2_07 replied at 15-2-2023 04:19 PM
sepanjang hi way tu brape byk ade stsesen minyak?

Kalau setiap 50km akan ada satu stesyen petrol,  akan ada total 56 lah kot at least utk kedua2 arah.
Quote kakikuDibibirmu 15-2-2023 07:59 PM
Terpanjang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote kakikuDibibirmu 15-2-2023 08:00 PM
Ni Mumbai ke Bombay police station?
Quote TOPwind 15-2-2023 10:09 PM
sepanjang hiway ni ada kuil haram tak?

yg mcm kat Msia
Quote putericahaya999 15-2-2023 10:27 PM
Berapa tol dia ... teringin nak pegi
Quote green~tea 15-2-2023 10:38 PM
putericahaya999 replied at 15-2-2023 10:27 PM
Berapa tol dia ... teringin nak pegi


Takyah la gi india... cirit birit mati kang
Quote putericahaya999 15-2-2023 11:19 PM
green~tea replied at 15-2-2023 10:38 PM
Takyah la gi india... cirit birit mati kang

Xnak mati single
Quote green~tea 15-2-2023 11:56 PM
putericahaya999 replied at 15-2-2023 11:19 PM
Xnak mati single


Ye so jangan gi india

Gi lahhh melawat tpt lain dulu

For now, pasal india tu baca berita je and take notedddddd je
Quote putericahaya999 16-2-2023 12:20 AM
green~tea replied at 15-2-2023 11:56 PM
Ye so jangan gi india  

Gi lahhh melawat tpt lain dulu

Baik2 pergi poland la dulu
Quote green~tea 16-2-2023 12:27 AM
Edited by green~tea at 16-2-2023 12:31 AM
putericahaya999 replied at 16-2-2023 12:20 AM
Baik2 pergi poland la dulu


Buat pe gi poland, nak pi beli garam ke???

Btw.. i gi iceland pas puasa ni

Tp next week i kena teman husband fly kat satu negara tu.. menciikkkk kena ikut sbb heols justify i wajib ikot sbb besday dia... huhuhuhu  pastu i balik fly sorang sbb dia sambong meeting

Mujur dia belanja tiket i pergi balik redeem enrich points je (spouse program).. lepas balik tu i take turn jaga anak & nephews for 3 weeks sampai habis cuti skolah
Quote gigahertz 16-2-2023 01:39 AM
axl_bach replied at 15-2-2023 09:57 AM
Kalau setiap 50km akan ada satu stesyen petrol,  akan ada total 56 lah kot at least utk kedua2 ara ...

Kalau malaysia boleh masuk bid bukak stesen kat situ.
Quote DARSITA 16-2-2023 03:07 AM

Cantik! tapi aii lebih tertarik dgn Adam's Bridge dia orang.
Quote kelip2_07 16-2-2023 08:41 AM
axl_bach replied at 15-2-2023 05:57 PM
Kalau setiap 50km akan ada satu stesyen petrol,  akan ada total 56 lah kot at least utk kedua2 ara ...

ok la..igtkn pnjg2 mcm tu stesen minyak krg
Quote Lagubestbest 16-2-2023 04:24 PM
negara lain dah mula siap fasa kemajuan mega.. malaysia still stuck kat 1998.
Quote supernaturalee 16-2-2023 04:41 PM
nampak dari bulan tak


Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067054 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top