Fasa pertama lebuh raya menghubungkan New Delhi ke hab kewangan Mumbai kini dibuka, lapor BH Online yang memetik CNN.
Lebuh raya sepanjang 1,386 kilometer (km) itu mempunyai lapan laluan lorong, empat di setiap arah tersedia.
Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India. - Foto AGENSI
Jalan raya yang kini terpanjang di negara itu memendekkan separuh masa perjalanan antara dua bandar menjadi 12 jam, menjadi peristiwa penting dalam usaha India memodenkan infrastruktur.
Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India. - Foto AGENSI
"Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India," kata Perdana Menteri India, Narendra Modi semasa majlis perasmian.
Lebuhraya Delhi-Mumbai adalah salah satu lebuh raya paling maju di dunia, memberi gambaran besar kepada proses pembangunan di India. - Foto AGENSI
Tambahnya, pembangunan lebuh raya yang memakan belanja kira-kira AS$13 bilion (RM56.5 bilion) itu dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan India selain menyediakan hubungan yang lebih pantas antara ibu negara dan lima negeri: Haryana, Rajasthan, Madhya Pradesh, Gujarat, dan Maharashtra. - CARI |