Susualan ada individu yang mengaku jiran mendakwa ada orang dalam rumah semasa Hidayah datang, Ali Puteh tampil membela dirinya. Katanya semasa Hidayah datang Jumaat lepas, dia tiada di rumah abangnya itu.
Memetik laporan Astro Gempak, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menyifatkan dakwaan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Ali meminta individu yang membuat dakwaan berkenaan supaya tampil mengemukakan bukti kukuh sekiranya benar atau tidak dirinya berada di rumah sewaktu kejadian. Loading FB Post...
“Fitnah makin besar dan makin besar sekarang. Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah." Ali jugs menjelaskan bahawa dia tidak menetap di rumah tersebut kerana difahamkan adiknya yang tinggal di situ buat sementara waktu sehingga kes tuntutan faraid selesai. “Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ? Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen." Terdahulu, adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin berkongsi satu tangkap layar di laman Facebook memaparkan komen beberapa individu yang mengaku jiran kepada arwah Abam mendakwa Ali dan keluarga berada di dalam rumah tersebut. Ia susulan luahan Hidayah yang kecewa apabila kehadirannya bersama peguam seolah-olah tidak dilayan apabila tiada individu menyahut salam diberi selepas menunggu kira-kira sejam di luar kediaman terbabit. -CARI
|
ADVERTISEMENT