Akhirnya masa ditunggu-tunggu untuk mendengar suara bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai penyampai radio Hot FM tiba juga. Ternyata segmen Bekpes Hot jam 6 pagi hingga 10 pagi tadi membuat pendengar terhibur dengan bual bicara Khairy atau KJ bergabung bersama Johan dan AG.
Sementara itu, komen-komen di saluran YouTube Hot FM pula mendapati ramai 'subscriber' tidak menyangka KJ yang selama ini dilihat sebagai individu serius, ada sisi komedi, selamba dan 'masuk air'. "Ingat ada peluang menang sebab ketika berkempen ramai orang sokong dan nak 'selfie' dengan saya. Tapi, rupa-rupanya menang 'selfie', kalah undi," katanya yang menang selama tiga penggal bertanding, akhirnya tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu. "Tergelak dengar menang 'selfie' kalah undi.
"Buka Hot FM pagi-pagi ni sebab KJ. "Berapa ramai cari Hot FM nak dengarkan KJ. "Buka YouTube sebab KJ, tak pernah buat perangai macam ni," antara komen pelayar dipetik Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT