CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 2

Ingat Ada Peluang Menang, Rupanya Menang Selfie Je - KJ

[Copy link]
Post time 15-2-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Akhirnya masa ditunggu-tunggu untuk mendengar suara bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai penyampai radio Hot FM tiba juga.


Ternyata segmen Bekpes Hot jam 6 pagi hingga 10 pagi tadi membuat pendengar terhibur dengan bual bicara Khairy atau KJ bergabung bersama Johan dan AG.




IG




Sementara itu, komen-komen di saluran YouTube Hot FM pula mendapati ramai 'subscriber' tidak menyangka KJ yang selama ini dilihat sebagai individu serius, ada sisi komedi, selamba dan 'masuk air'.


"Ingat ada peluang menang sebab ketika berkempen ramai orang sokong dan nak 'selfie' dengan saya. Tapi, rupa-rupanya menang 'selfie', kalah undi," katanya yang menang selama tiga penggal bertanding, akhirnya tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.


"Tergelak dengar menang 'selfie' kalah undi.


"Buka Hot FM pagi-pagi ni sebab KJ.


"Berapa ramai cari Hot FM nak dengarkan KJ.


"Buka YouTube sebab KJ, tak pernah buat perangai macam ni," antara komen pelayar dipetik Harian Metro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah, memang KJ tu orangnya fun. Bukan sejenis serious macam komidi.

Iols tak dengar hot fm so tak tahu lah sesuai ke tak KJ as DJ. Berapa lah gaji heols kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:01 AM | Show all posts
positive jer KJ ni,,x kisah downgrade sikit jd DJ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055186 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list