Hubungan Megax Fox dan tunangnya Machine Gun Kelly dikatakan kembali berantakan selepas sumber People memberitahu berlaku pertengkaran antara mereka hujung minggu lalu. Katanya yang dipetik mStar, Megan, 36, tidak lagi memakai cincin pertunangan.
"Mereka bertengkar hujung minggu lalu. Megan sangat kecewa dan tidak mahu bercakap tentang hal tersebut. "Dia masih belum memutuskan hubungan secara rasmi namun Megan sudah tidak memakai cincin pertunangan. "Memang ada masalah antara mereka, namun kali ini isu tersebut semakin serius," kata sumber berkenaan. Spekulasi masalah hubungan mereka menjadi perhatian apabila aktres itu menyahaktifkan akaun Instagramnya, Isnin lalu. Malah, sebelum itu dia memberi gambaran tentang masalah tersebut dengan berkongsi video menunjukkan sekeping sampul surat yang dibakar. Sementara itu, seorang netizen meninggalkan komen pada hantaran itu mendakwa Kelly bermain kayu tiga. - CARI |
delia3003 replied at 15-2-2023 08:05 PM
Fokus kat anak je la Megan, kenal MGK ni pun rasa tak lama terus tunang. Lain sgt muka sekarang. Zam ...
ADVERTISEMENT