DJ Dave dah mencecah umur 75 tahun dan memberitahu dia mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan dirinya kekal aktif. DJ Dave atau nama sebenar Datuk Irwan Shah Abdullah berkata dia tidak pernah mengambil sebarang suntikan atau botox untuk terlihat muda sebaliknya melakukan senaman dan menjaga pemakanan.
"Tidak! Saya tak pernah buat perkara seperti itu. Saya tak pergi ambil suntikan untuk awet muda. Saya tak bohong! "Saya tak pernah buat botox atau apa pun. Saya cuma bersenam di rumah dengan kerap dan tidak pergi ke gim. Saya juga mengamalkan makanan seimbang kerana bagi saya kita perlu bakar kalori yang kita ambil dari makanan kita. "Tak lupa saya ambil vitamin seperti vitamin C dan D. Saya akan ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur sayuran. Saya juga sukakan ulam selain mengurangkan pengambilan daging dan banyak makan ikan kerana ia penting," katanya.
DJ Dave berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-75 yang diadakan di Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur pada Selasa. Penyanyi era 1970-an ini berkata dia sentiasa berpegang teguh dengan pesanan ayahnya agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri. "Saya ikut nasihat ayah saya yang mana kalau nak melakukan sesuatu lakukan dengan baik jangan lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibah kepada diri sediri. "Saya senang hati berkongsi tips ini dengan orang lain, tiada rahsia untuk saya kekal sihat," katanya lagi. Bercakap mengenai sambutan hari jadinya itu, DJ Dave memberitahu setiap tahun dia meraikan bersama golongan orang kurang upaya (OKU), asnaf, anak-anak yatim dan insan kurang berkemampuan. "Tanpa mereka siapalah saya. Melihat mereka senyum dan gembira adalah kebahagiaan juga buat saya. "InsyaAllah selama saya masih diberi nafas, saya bersyukur dan berdoa supaya dapat diraikan bersama mereka untuk tahun-tahun seterusnya. "Sejak kecil saya dididik untuk saling membahagiakan dan menghargai orang lain tanpa mengira darjat dan bangsa. Selama 51 tahun dalam industri ini saya harap tadisi ini dapat saya terus amalkan," kongsinya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Lavender_Violet replied at 15-2-2023 10:25 AM
Muka dia awet muda tapi scary
Mmg ingat dia cucuk botox pun
Dia ni amalkan Islam yg sebenar ...
awex^returns replied at 15-2-2023 12:14 PM
dia pernah kawen ngan mak aidil af3
ingat dulu dia datang asrama aku sebab lawat kakak aidil tu
bere ...
SANKURIANG replied at 15-2-2023 12:33 PM
Mak Aidil pun prnh kena balun dgn dia ni kan.....
ADVERTISEMENT