CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1843|Reply: 14

Umur Dah 75 Tahun Tapi Nampak Awet Muda, DJ Dave Dituduh Cucuk Botox

[Copy link]
Post time 15-2-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
DJ Dave dah mencecah umur 75 tahun dan memberitahu dia mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan dirinya kekal aktif.


DJ Dave atau nama sebenar Datuk Irwan Shah Abdullah berkata dia tidak pernah mengambil sebarang suntikan atau botox untuk terlihat muda sebaliknya melakukan senaman dan menjaga pemakanan.




Foto: IG




"Tidak! Saya tak pernah buat perkara seperti itu. Saya tak pergi ambil suntikan untuk awet muda. Saya tak bohong!


"Saya tak pernah buat botox atau apa pun. Saya cuma bersenam di rumah dengan kerap dan tidak pergi ke gim. Saya juga mengamalkan makanan seimbang kerana bagi saya kita perlu bakar kalori yang kita ambil dari makanan kita.


"Tak lupa saya ambil vitamin seperti vitamin C dan D. Saya akan ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur sayuran. Saya juga sukakan ulam selain mengurangkan pengambilan daging dan banyak makan ikan kerana ia penting," katanya.


DJ Dave berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-75 yang diadakan di Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur pada Selasa.


Penyanyi era 1970-an ini berkata dia sentiasa berpegang teguh dengan pesanan ayahnya agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.


"Saya ikut nasihat ayah saya yang mana kalau nak melakukan sesuatu lakukan dengan baik jangan lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibah kepada diri sediri.


"Saya senang hati berkongsi tips ini dengan orang lain, tiada rahsia untuk saya kekal sihat," katanya lagi.


Bercakap mengenai sambutan hari jadinya itu, DJ Dave memberitahu setiap tahun dia meraikan bersama golongan orang kurang upaya (OKU), asnaf, anak-anak yatim dan insan kurang berkemampuan.


"Tanpa mereka siapalah saya. Melihat mereka senyum dan gembira adalah kebahagiaan juga buat saya.


"InsyaAllah selama saya masih diberi nafas, saya bersyukur dan berdoa supaya dapat diraikan bersama mereka untuk tahun-tahun seterusnya.


"Sejak kecil saya dididik untuk saling membahagiakan dan menghargai orang lain tanpa mengira darjat dan bangsa. Selama 51 tahun dalam industri ini saya harap tadisi ini dapat saya terus amalkan," kongsinya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 10:25 AM | Show all posts
Muka dia awet muda tapi scary
Mmg ingat dia cucuk botox pun
Dia ni amalkan Islam yg sebenar2nya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:33 AM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 15-2-2023 10:25 AM
Muka dia awet muda tapi scary
Mmg ingat dia cucuk botox pun
Dia ni amalkan Islam yg sebenar ...

ingat dulu circa masa I sekolah menengah kot..
kecoh dia buat persembahan pakai rantai lambang cross..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:35 AM | Show all posts
aku sampai skrg confuse samada dia ni still islam ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ex wife nya dl, pramugari mas, Zai
Lawa! Tp lawa2 pun kena bantai jg dgn si lakinya
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg botox tu rambut dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 12:14 PM | Show all posts
dia pernah kawen ngan mak aidil af3
ingat dulu dia datang asrama aku sebab lawat kakak aidil tu
berebut² budak hostel aku nak jumpa dia
while aku macam, alaa bukan best pon

kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 12:18 PM | Show all posts
Dah 75 botox pun ok pe.  Ini umur tak sampai 40 dah cucuk sana sini kau dah kenapa dek?

Dah jangan gaduh2 akak belanja satu gambar..hot stuff ni zaman 70an.  Bulu dada kegilaan kaka pookey




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 12:33 PM | Show all posts
awex^returns replied at 15-2-2023 12:14 PM
dia pernah kawen ngan mak aidil af3
ingat dulu dia datang asrama aku sebab lawat kakak aidil tu
bere ...

Mak Aidil pun prnh kena balun dgn dia ni kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 12:48 PM | Show all posts
SANKURIANG replied at 15-2-2023 12:33 PM
Mak Aidil pun prnh kena balun dgn dia ni kan.....

Sejenis Singh punya perangai...mmg suka balun bini
Lagi satu main belakang....kata mmber lelaki aku kt ofis
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:24 AM | Show all posts
sukati ko le. awet muda ke x ttp msuk kubur yach
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibe2 terngiang2 kat telinga iols menjelang hari raya berakhirnya puasa bergema takbir senja menyambut syawal tiba
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:58 PM | Show all posts
Dulu banyak kes pukul bini atok ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa isteri dia sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia macam vampire
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.323233 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list