Demi kucing, sepasang kekasih sanggup menangguh perkahwinan mereka. Kosmo melaporkan, mereka berbuat demikian kerana mahu menggunakan wang simpanan yang ada untuk membina rumah perlindungan kucing.
Wang simpanan mereka digunakan untuk menyewa sebidang tanah 1,500 meter persegi bagi tujuan itu. Difahamkan, 500 juta dong (RM92,143) dibelanjakan untuk menampung kos pembinaan rumah tersebut. Menurut laporan media tempatan VNEXPRESS, sejak 1 Februari lalu, Do Duong Truc Lam dan Ngo Dinh Van Khanh memelihara lebih 100 kucing terbiar di tempat perlindungan haiwan tersebut di Bandar Raya Ho Chi Minh. Bermula dengan mengutip empat ekor kucing terbiar berhampiran sebuah kuil di Daerah Binh Thanh ketika pulang lewat malam pada 2019, mereka kemudian mengambil kucing jalanan untuk dipelihara dengan menggunakan dana peribadi dan hasil sumbangan orang awam menerusi dalam talian.
Biarpun boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan, Khanh dan Lam tetap memanggil doktor haiwan atau membawa haiwan peliharaan itu untuk dirawat sekiranya keadaan cukup kritikal. - CARI |
ADVERTISEMENT