CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 659|Reply: 5

Rela Tangguh Kahwin Untuk Bina Rumah Perlindungan Kucing

[Copy link]
Post time 15-2-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Demi kucing, sepasang kekasih sanggup menangguh perkahwinan mereka.


Kosmo melaporkan, mereka berbuat demikian kerana mahu menggunakan wang simpanan yang ada untuk membina rumah perlindungan kucing.




Do Duong Truc Lam (kiri) dan Ngo Dinh Van Khanh memelihara lebih 100 ekor kucing di bandar raya Ho Chi Minh. - VNEXPRESS





Wang simpanan mereka digunakan untuk menyewa sebidang tanah 1,500 meter persegi bagi tujuan itu.


Difahamkan, 500 juta dong (RM92,143) dibelanjakan untuk menampung kos pembinaan rumah tersebut.


Menurut laporan media tempatan VNEXPRESS, sejak 1 Februari lalu, Do Duong Truc Lam dan Ngo Dinh Van Khanh memelihara lebih 100 kucing terbiar di tempat perlindungan haiwan tersebut di Bandar Raya Ho Chi Minh.


Bermula dengan mengutip empat ekor kucing terbiar berhampiran sebuah kuil di Daerah Binh Thanh ketika pulang lewat malam pada 2019, mereka kemudian mengambil kucing jalanan untuk dipelihara dengan menggunakan dana peribadi dan hasil sumbangan orang awam menerusi dalam talian.


Biarpun boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan, Khanh dan Lam tetap memanggil doktor haiwan atau membawa haiwan peliharaan itu untuk dirawat sekiranya keadaan cukup kritikal. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 11:25 AM | Show all posts
terbaikkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:45 AM | Show all posts
Semoga Tuhan limpahkan rezeki yang lebih kepada mereka... Ameen
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 01:38 PM | Show all posts
kalu kat malaysia mesti dah kena kutuk kepam bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:03 PM | Show all posts
semoga sentiasa dimurahkan rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bukak shelter tu diam2 je kalau serba serbi tanggung sendiri, nnt takdan seminggu rasmi jd seribu ekor kucing dlm tu, pakat datang buang kucing kat shelter ko konon dapat diskaun dosa lettew buang kat rumah pencinta kucing
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044104 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list