Berikutan kenyataan berbaur perkauman bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang-orang Melayu di negara ini, Pemuda UMNO Bahagian Jasin menggesa kerajaan segera melucutkan kewarganegaraannya, lapor MalaysiaGazette.
“Kenyataan sebegini bukan sahaja mengguris hati dan perasaan tetapi mampu membawa kepada permulaan ketegangan kaum yang jika tidak dihentikan segera, mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan. “Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengutuk keras hal ini dan mendesak kerajaan melucutkan hak kerakyatan Guang Yik dengan segera untuk memastikan kedaulatan agama Islam dan kehormatan bangsa Melayu tidak sewenangnya dicabul oleh sesiapa pada bila-bila masa,” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga menegaskan, seorang atlet yang pernah mewakili negara, dia sudah pastinya sedar hal berkaitan agama dan bangsa bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian walau apapun alasannya. “Hal-hal ini menjadi ilmu asas bagi seluruh warganegara kerana ianya bukan sahaja termaktub di dalam Perlembagaan serta Rukun Negara, tetapi telah diajar sejak bangku sekolah lagi. “Tidak cukup hanya dengan peringatan dan permohonan maaf, perlaksanaan hukuman perlu segera dilaksanakan untuk dijadikan iktibar serta tauladan kepada mereka yang cuba mencabar kedaulatan serta kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya. Beliau turut memberikan contoh apakah tindakan diambil dalam isu hampir sama terhadap pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini berikutan kekhilafannya memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu. “Jadi jika dengan satu muat naik ‘nakal’ di media sosial oleh seorang atlet kita baru-baru ini menyebabkan beliau telah digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang telah dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman yang lebih berat,” tegasnya. - CARI |
mojarean_X replied at 14-2-2023 07:54 PM
Pernah ada mana2 rakyat dilucut kewarganegaraan sblm ni?
ADVERTISEMENT