View: 1015|Reply: 14
|
Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Lucut Kewarganegaraan Bong Guang Yik
[Copy link]
|
|
Berikutan kenyataan berbaur perkauman bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang-orang Melayu di negara ini, Pemuda UMNO Bahagian Jasin menggesa kerajaan segera melucutkan kewarganegaraannya, lapor MalaysiaGazette.
“Kenyataan sebegini bukan sahaja mengguris hati dan perasaan tetapi mampu membawa kepada permulaan ketegangan kaum yang jika tidak dihentikan segera, mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan.
 Dr Muhamad Akmal Saleh ketika ditemui media selepas membuat laporan polis terhadap perbuatan Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang-orang Melayu di negara ini di Balai Polis Merlimau, Jasin, Melaka, malam tadi.
“Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengutuk keras hal ini dan mendesak kerajaan melucutkan hak kerakyatan Guang Yik dengan segera untuk memastikan kedaulatan agama Islam dan kehormatan bangsa Melayu tidak sewenangnya dicabul oleh sesiapa pada bila-bila masa,” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga menegaskan, seorang atlet yang pernah mewakili negara, dia sudah pastinya sedar hal berkaitan agama dan bangsa bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian walau apapun alasannya.
“Hal-hal ini menjadi ilmu asas bagi seluruh warganegara kerana ianya bukan sahaja termaktub di dalam Perlembagaan serta Rukun Negara, tetapi telah diajar sejak bangku sekolah lagi.
“Tidak cukup hanya dengan peringatan dan permohonan maaf, perlaksanaan hukuman perlu segera dilaksanakan untuk dijadikan iktibar serta tauladan kepada mereka yang cuba mencabar kedaulatan serta kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya.
Beliau turut memberikan contoh apakah tindakan diambil dalam isu hampir sama terhadap pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini berikutan kekhilafannya memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.
“Jadi jika dengan satu muat naik ‘nakal’ di media sosial oleh seorang atlet kita baru-baru ini menyebabkan beliau telah digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang telah dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman yang lebih berat,” tegasnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah ada mana2 rakyat dilucut kewarganegaraan sblm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=795577 |
|
|
|
|
|
|
|
bukan heol dah duduk prc ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi xmenahan gesaan pun |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun hukumanya mungkin tak kena lucut kewarganegaraan atau kedengaran agak melampau .. bagus juga adanya pro dan kontra ini yang menunjukkan ketidakstabilan akan wujud bila ada yang memainkan isu-isu sensitif... orang yang buat akan terasa juga bila dah ada ancaman buang negara |
|
|
|
|
|
|
|
mana Melayu yg ada kuasa berani!
tapi kapir yg takde kuasa BERANI
jika ada kuasa lagilah |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 14-2-2023 07:54 PM
Pernah ada mana2 rakyat dilucut kewarganegaraan sblm ni?
Pernah tapi rakyat yang dapat kewarganegaraan melalui pendaftaran atau naturalisation dan bukan by operation of law. Misalnya, Lim Lian Geok.
Maksudnya perlucutan kewarganegaraan atas sebab tidak setia kepada negara atau masuk penjara dsb hanya boleh dilakukan ke atas rakyat yang mendapat kewarganegaraan melalui permohonan.
Kalau lahir2 saja dapat kewarganegaraan secara automatik, kewarganegaraan hanya boleh terlucut jika dia sendiri renounce kewarganegaraan atau dia memohon dan mendapat kewarganegaraan negara lain. Bagi rakyat kategori ni, kerajaan atau pihak berkuasa tak boleh lucutkan kewarganegaraan dia atas sebab tak setia atau buat jenayah.
Jadi, untuk mamat sengal ni, rasanya kewarganegaraan dia secara automatik masa lahir. So tak bolehlah nak lucutkan kecuali dapat bukti dia ada pegang kewarganegaraan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang hidup kaka, kaka berani la ckp, belum pernah kaka menghina agama lain mcm mamat pengecut ni. Kaka rasa kaka lagi berakal dari mamat kolot ni. Sori yg mamat, kaka rasa kaka lagi bijak dari you! |
|
|
|
|
|
|
|
Umno bodoh. Da la kedudukan x kuat dlm kerajaan ada hati nak mengaum mcm singa. Realitinya mengiau mcm kucing kurap. Pastu kena penyepak sedas terus diam. |
|
|
|
|
|
|
|
tak guna gila bagi statement mcm tu. kalau benci sgt msia, renounce lah warganegara. dok prc sana. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni iols setuju. bangsa mcm ni selagi tak kena buang negeri gitu lahh |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan yg bernas…in fact all those ungrateful people who complain a lot should consider to migrate if they consider the country not good enough for them… |
|
|
|
|
|
|
|
UMNO dah berkubur.. sia2 je dekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|