Seperti dipetik daripada Utusan Online SAUDARA PENGARANG, Pada 10 Februari lalu, muka hadapan Utusan Malaysia bertajuk Enam bulan tunggu dibedah menyiarkan pendedahan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye bahawa pesakit kronik terpaksa menunggu tiga hingga enam bulan untuk berjumpa, dirawat dan dibedah ekoran kekurangan doktor pakar yang kini hanya berjumlah 13,000 orang berbanding keperluan 26,000.
Menurut beliau, kesan daripada ketidakupayaan sistem kesihatan tersebut memberi khidmat kepada rakyat, pesakit terpaksa mencari doktor swasta tetapi mereka terpaksa membayar kos mahal. Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan terdapat 4,263 jawatan tetap bagi pegawai perubatan untuk diisi pada 2023. Satu permulaan yang baik tetapi negara bukan memerlukan jumlah tersebut untuk tahun ini sahaja, malah ia diperlukan setiap tahun bagi memastikan masalah berkenaan dapat dibendung.
Hospital kerajaan terus menjadi tumpuan kerana hakikatnya, kos rawatan swasta meningkat berkali-kali ganda. Jangankan golongan berpendapatan sederhana (M40), mereka yang berada dalam kategori berpendapatan tinggi (T20) pun turut menggaru kepala. Bagi yang mempunyai insurans, mungkin agak kurang bebanan ditanggung, namun bukan semua penyakit dapat dilindungi. Bagi memastikan jumlah doktor mencukupi di hospital dan klinik kerajaan, pengagihan sumber manusia perlu dirombak semula. Kadangkala sesetengah jabatan atau hospital mempunyai jumlah kakitangan berlebihan. Malangnya, tempat lain khususnya di pedalaman mempunyai banyak kekosongan yang tidak mendapat perhatian. Ramai doktor tidak mahu berkhidmat di luar kota. Mereka lebih selesa di bandar besar. Kata mereka, jika bukan berada di hospital utama atau terkemuka, sukar untuk mendapatkan tempat atau pengalaman jika ingin melanjutkan pelajaran. Jika semua ini terus dilayan, rakyat luar bandar akan terus terpinggir dan gagal mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik diperlukan. Hadkan juga bilangan doktor kerajaan daripada mengambil bahagian atau melakukan kerja sampingan di hospital swasta. Alasan memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan, tidak lagi relevan pada masa kini kerana gaji kakitangan awam sekarang hampir setanding atau lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana. Sering kali kita dengar cerita yang sama. Ramai doktor dari hospital kerajaan membuat lokum atau bekerja sampingan di hospital swasta. Kerja di tempat sendiri pula terabai dan tidak mendapat perhatian. Malah, ada yang menyerahkan tugas hakiki kepada doktor baharu atau tidak berpengalaman untuk merawat pesakit di fasiliti mereka. Tempoh menunggu menjadi lama kerana doktor kerap menangguh pembedahan atau rawatan berikutan terlalu sibuk mencari habuan lebih lumayan di luar. Ini bukan satu gurauan, malah senario berkenaan sudah berleluasa dan menjadi kenyataan. Bagi mereka yang tidak mempunyai sumber kewangan, terpaksalah bergolok-bergadai demi mengumpul wang supaya pembedahan dapat segera dilakukan di hospital swasta. Sedihkan? Semua ini perlu dihentikan. Jika anda bekerja dengan kerajaan, tumpukan perhatian terhadap tugas yang diberikan. Andai ingin berkhidmat di sektor swasta, tidak ada masalah. Beribu lagi insan yang mampu untuk mengambil tempat anda. Tidak ada orang yang tidak boleh digantikan. DR1, Alor Setar, Kedah Sumber: Utusan Online
|
me12345 replied at 14-2-2023 05:14 PM
Doktor skrg kejar duit, kereta mewah, rumah mewah..gitewww.... doktor kt swasta pun sama kejar duit, ...
bulanbulat replied at 14-2-2023 06:58 PM
Dr yg locum luar tu entah nak berhenti. Pengarah dok tahan sebab tak ada pengganti.
Sebulan utk paka ...
bulanbulat replied at 14-2-2023 06:58 PM
Dr yg locum luar tu entah nak berhenti. Pengarah dok tahan sebab tak ada pengganti.
Sebulan utk paka ...
caprut replied at 14-2-2023 06:59 PM
Kalau mcm tu jd jela founder dkt tiktok.
axl_bach replied at 14-2-2023 07:01 PM
Itulah, apa isunya buat lokum kalau dia amik leave....unless tgh waktu bekerja dia bantai pegi bu ...
axl_bach replied at 14-2-2023 07:01 PM
Itulah, apa isunya buat lokum kalau dia amik leave....unless tgh waktu bekerja dia bantai pegi bu ...
lavendernovella replied at 15-2-2023 01:23 AM
2 tahun ulang alik hospital, tahun ke 3 rupanya baru dpt jumpa doktor pakar.
Rupa-rupanya 2 tahun t ...
annehuda replied at 15-2-2023 09:34 AM
aku pun camtu gak. kes aku ni mmg sblm ni aku bawak ke swasta ye tp swasta tolak gi gomen. 6 bln ...
Burong_Hantuk replied at 15-2-2023 09:18 AM
tapi gomen kena pantau btl2 service spital gomen ni...makin lama makin ke laut
ADVERTISEMENT