CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3298|Reply: 36

Doktor Gomen Sibuk Buat Part Time Di Swasta- Pesakit Terabai, Terpaksa Tangguh Rawatan Dan Pembedahan

[Copy link]
Post time 14-2-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Seperti dipetik daripada Utusan Online


SAUDARA PENGARANG,


Pada 10 Februari lalu, muka hadapan Utusan Malaysia bertajuk Enam bulan tun­ggu dibedah menyiarkan pendedahan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye bahawa pesakit kronik terpaksa menunggu tiga hingga enam bulan untuk berjumpa, dirawat dan dibedah ekoran kekurangan doktor pakar yang kini hanya berjumlah 13,000 orang berbanding keperluan 26,000.


Menurut beliau, kesan daripada ketidakupayaan sistem kesihatan tersebut memberi khidmat kepada rakyat, pesakit terpaksa mencari doktor swasta tetapi mereka terpaksa membayar kos mahal.


Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan terdapat 4,263 jawatan tetap bagi pegawai perubatan untuk diisi pada 2023.




Gambar Hiasan




Satu permulaan yang baik tetapi negara bukan memerlukan jumlah tersebut untuk tahun ini sahaja, malah ia diperlukan setiap tahun bagi memastikan masalah berkenaan dapat dibendung.


Hospital kerajaan terus menjadi tumpuan kerana hakikatnya, kos rawatan swasta meningkat berkali-kali ganda. Jangankan golongan berpendapatan sederhana (M40), mereka yang berada dalam kategori berpendapatan tinggi (T20) pun turut menggaru kepala.


Bagi yang mempunyai insurans, mungkin agak kurang bebanan ditanggung, namun bukan semua penyakit dapat dilindungi.


Bagi memastikan jumlah doktor mencukupi di hospital dan klinik kerajaan, pengagihan sumber manusia perlu dirombak semula. Kadangkala sesetengah jabatan atau hospital mempunyai jumlah kakitangan berlebihan.


Malangnya, tempat lain khususnya di pedalaman mempunyai banyak kekosongan yang tidak mendapat perhatian. Ramai doktor tidak mahu berkhidmat di luar kota. Mereka lebih selesa di bandar besar.


Kata mereka, jika bukan berada di hospital utama atau terkemuka, sukar untuk mendapatkan tempat atau pengalaman jika ingin melanjutkan pelajaran. Jika semua ini terus dilayan, rakyat luar bandar akan terus terpinggir dan gagal mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik diperlukan.


Hadkan juga bilangan doktor kerajaan daripada mengambil bahagian atau melakukan kerja sampingan di hospital swasta. Alasan memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan, tidak lagi relevan pada masa kini kerana gaji kakitangan awam sekarang hampir setanding atau lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana.


Sering kali kita dengar cerita yang sama. Ramai doktor dari hospital kerajaan membuat lokum atau bekerja sampingan di hospital swasta. Kerja di tempat sendiri pula terabai dan tidak mendapat perhatian.


Malah, ada yang menyerahkan tugas hakiki kepada doktor baharu atau tidak berpengalaman untuk merawat pesakit di fasiliti mereka. Tempoh menunggu menjadi lama kerana doktor kerap menangguh pembedahan atau rawatan berikutan terlalu sibuk mencari habuan lebih lumayan di luar.


Ini bukan satu gurauan, malah senario berkenaan sudah berleluasa dan menjadi kenyataan. Bagi mereka yang tidak mempunyai sumber kewangan, terpaksalah bergolok-bergadai demi mengumpul wang supaya pembedahan dapat segera dilakukan di hospital swasta. Sedihkan?


Semua ini perlu dihentikan. Jika anda bekerja dengan kerajaan, tumpukan perhatian terhadap tugas yang diberikan. Andai ingin berkhidmat di sektor swasta, tidak ada masalah.


Beribu lagi insan yang mampu untuk mengambil tempat anda. Tidak ada orang yang tidak boleh digantikan.


DR1, Alor Setar, Kedah


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 04:26 PM | Show all posts
kalau nak cari duit lebih, jgn keje gomen...kena tamak nak dua2?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:12 PM | Show all posts
doktor pakar pun galak bersembang, masing2 buat part time kat private hospital

dok tukar2 recommendation, hospital mana payment ok
tapi cakap depan patient. haa leburr
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by me12345 at 14-2-2023 06:16 PM

Doktor skrg kejar duit, kereta mewah, rumah mewah..gitewww.... doktor kt swasta pun sama kejar duit, kalau org tua gi rawatan ..mcm nk suh org tunggu ajal je..acuh tak acuh nk rawat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 06:52 PM | Show all posts
me12345 replied at 14-2-2023 05:14 PM
Doktor skrg kejar duit, kereta mewah, rumah mewah..gitewww.... doktor kt swasta pun sama kejar duit, ...

ni betul.. doc private peel sama mcm staff o&g

smua gila kereta.. kut org gannu panggil lapar besi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr yg locum luar tu entah nak berhenti. Pengarah dok tahan sebab tak ada pengganti.
Sebulan utk pakar mmg ada allocated day utk locum. Untuk promote pakar stay di government sebab gov x nak bayar lebih. Kalau depa locum pun their off days or own leave.

Founder tiktok pun boleh dapat income lagi banyak why botherrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bulanbulat replied at 14-2-2023 06:58 PM
Dr yg locum luar tu entah nak berhenti. Pengarah dok tahan sebab tak ada pengganti.
Sebulan utk paka ...

Kalau mcm tu jd jela founder dkt tiktok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat lokum di luar waktu kerja hakiki adalah hak doktor terbabit.  Tp kalau didapati dia buat lokum waktu bekerja sila dakwa dan ambil tindakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bulanbulat replied at 14-2-2023 06:58 PM
Dr yg locum luar tu entah nak berhenti. Pengarah dok tahan sebab tak ada pengganti.
Sebulan utk paka ...

Itulah,  apa isunya buat lokum kalau dia amik leave....unless tgh waktu bekerja dia bantai pegi buat lokum lain lah citer
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 14-2-2023 06:59 PM
Kalau mcm tu jd jela founder dkt tiktok.

Ramai dah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 14-2-2023 07:01 PM
Itulah,  apa isunya buat lokum kalau dia amik leave....unless tgh waktu bekerja dia bantai pegi bu ...

Aah. Kalau ada bukti dia tak mai kerja dok sakan locum sila report.

Zaman dr kami dengar dan kami taat dah berakhir. Now farmasis ikut join hartal. Lepas ni, apa pulak?

Jadi mcm crisis nhs. Kerja dok tunjuk perasaan aman.
Gomen boros kemain, kedekut nak spend utk pekerja sendiri/rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lavendernovella at 15-2-2023 01:26 AM

2 tahun ulang alik hospital, tahun ke 3 rupanya baru dpt jumpa doktor pakar.

Rupa-rupanya 2 tahun tu jumpa doktor pelatih patut semua silih berganti. Ada yang suruh rujuk google kalau nak tau lebih. Ada yang kata penyakit mmg takder ubat (rupa2nya nak cari tikus makmal utk assignment) , ubat dah tak boleh makan, tapi xder sapa inform.

Jumpa doktor pun mcm lipas kudung.

Untunglah sapa dapat khidmat kat swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 08:34 AM | Show all posts
kerja doktor ni bukan kebajikan. kau orang makan makanan viral tak ingat dunia gula tinggi mendadak kene penyakit berkaitan kencing manis tu yang menyusahkan doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 09:18 AM | Show all posts
tapi gomen kena pantau btl2 service spital gomen ni...makin lama  makin ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 09:28 AM | Show all posts
axl_bach replied at 14-2-2023 07:01 PM
Itulah,  apa isunya buat lokum kalau dia amik leave....unless tgh waktu bekerja dia bantai pegi bu ...

gomen ni orang kata cuti banyak siap leh carry forward lg tu. doktor2 pakar ni confirmla yg dh lama dlm perkhidmatan pastu sambung blaja pun pakai duit kerajaan.  kalau sebulan cuti seminggu pun takde ape hal la.  isunye bila ko amek cuti mcm nih habeh tu public yg perlukan khidmat ko dh mcm mane
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mungkin antara keburukan insuran peribadi. Dulu2 tk ramai ambik insurance. La ni mcm tiap org ade insurance peribadi. Maka hospital swasta pun tumbuh cam cendawan bagi menyakau duit2 insurance.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 09:32 AM | Show all posts

A locum, or locum tenens, is a person who temporarily fulfills the duties of another; the term is especially used for physicians or clergy.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 09:34 AM | Show all posts
lavendernovella replied at 15-2-2023 01:23 AM
2 tahun ulang alik hospital, tahun ke 3 rupanya baru dpt jumpa doktor pakar.

Rupa-rupanya 2 tahun t ...

aku pun camtu gak. kes aku ni mmg sblm ni aku bawak ke swasta ye tp swasta tolak gi gomen.  6 bln jgkla ulang alik 2 minggu skali, tak penah la jumpe doktor yg sama. pastu baru dpt jumpe pakar.  pakar suggest suruh bedah aku pun ok je. pakar tu ckp lepas surgery aku kene rehat 2 minggu, lepas surgery tu aku dapat mc 2 hari je, tapi doktor lain la kasi. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 15-2-2023 09:34 AM
aku pun camtu gak. kes aku ni mmg sblm ni aku bawak ke swasta ye tp swasta tolak gi gomen.  6 bln  ...

Bila refuse surgery, tarik muka terus doktor pelatih tu. Cuma jadi "penat" setiap kali jumpa doktor kena ulang cerita balik. Sebab sentiasa tukar doc.

Ada sekali tu, dah cerita bla bla, next month saya nak jumpa doc tu balik, doc jawab, dia kena balik ireland ada exam. Kalau nak tau lanjut , boleh search kat google., siap doc bagi link.  

But incident ubat saya makan tu ditarik balik kat oversea, sebb ada kes kematian, dan saya tak dimaklumkan langsung.  They don even care to mesej pun. Give up dah nak jumpa doc.

Skg ubat cara alami. Tawakal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 15-2-2023 09:18 AM
tapi gomen kena pantau btl2 service spital gomen ni...makin lama  makin ke laut

Ai perasan sebis ke laut lepas PKP .adakah masin2 dh muak sbb OT xlepas .keje bagai nak rak kemudian xleh claim ape2 insentif atau elaun .atau dh burnt out bile tgk rakyat msia yg makin ramai tp staff byk tu jugak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.845235 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list