“Perkara ini tidak patut dilihat sebagai satu pengiktirafan." Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata sedemikian berhubung penajaan syarikat vape dalam sebuah pasukan bola sepak kedaerahan.
Dia juga mendakwa tidak dimaklumkan lebih awal berhubung perkara itu, lapor MalaysiaKini. Ketua Pemuda PKR itu berkata demikian ketika mengulas tindakannya memakai jersi sebuah pasukan bola sepak yang mempunyai logo syarikat vape. “Kita tidak tahu apa yang ditulis di jersi. “Itu majlis dedahkan jersi pasukan dan saya jadi tetamu acara itu,” katanya kepada Malaysiakini. Dia juga mengakui penggunaan rokok elektrik mempunyai risiko kesihatan kepada pengguna. Terdahulu, Adam memakai jersi BRM FC Kuala Kangsar di Shah Alam, Selangor sebagai tanda sokongan terhadap persaingan sukan itu di peringkat akar umbi melalui Liga M3.
Loading FB Post... Namun, laman web sukan Harimau Malaya yang perasan jersi BRM FC itu mempunyai logo Aladdin Pro di bahagian depannya mempersoalkan sama ada tindakan itu melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Laman web itu juga mengingatkan kepada insiden sebelum ini melibatkan Selangor FC yang menarik balik tulisan di media sosial yang mempromosikan produk rokok elektronik pada 2020. Jelas Adam, segala peraturan wajib dipatuhi mana-mana pasukan bertanding wajib garis panduan khususnya garis panduan berkaitan aspek penajaan. “Sehubungan itu, apa yang berlaku adalah suatu peringatan kepada semua pihak,” katanya. - CARI |
ADVERTISEMENT