Seorang lelaki bertindak gila melulu dengan merempuh beberapa kereta yang berhenti dalam kesesakan ketika melarikan diri selepas dikejar pemilik kereta curi. Harian Metro melaporkan, suspek mencuri Volkswagen MK6 GTI yang diparkir di Taman Mutiara Subang.
Dalam kejadian jam 5.15 petang pada Jumaat lalu, pemilik kereta berusia 38 tahun terdengar enjin keretanya dihidupkan ketika berada di dalam kedai bengkel keretanya. Mangsa bersama rakannya kemudian mengejar suspek dengan menaiki motosikal, tetapi gagal. "Semasa dilarikan hingga di kawasan stesen minyak Subang Bestari kenderaan itu terhenti dalam kesesakan lalu lintas. "Mangsa sempat pecahkan cermin hadapan tetapi suspek terus memecut untuk melarikan diri dan berlanggar beberapa kenderaan lain," kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar dalam kenyataan malam tadi.
Tambahnya, suspek melarikan kereta itu menghala Lebuhraya Dash. "Hasil semakan di lokasi kejadian mendapati terdapat satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang nampak seorang lelaki turun dari Perodua Myvi warna kelabu dan masuk ke dalam kereta mangsa dan terus melarikan kenderaan," katanya. Difahamkan, polis sudah merakam percakapan saksi untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - CARI
|
supernaturalee replied at 14-2-2023 08:15 AM
ada video x
ADVERTISEMENT