CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 4

Pencuri Volkswagen Di Taman Mutiara Subang Rempuh Beberapa Kereta Selepas Dikejar Pemilik

[Copy link]
Post time 14-2-2023 08:12 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki bertindak gila melulu dengan merempuh beberapa kereta yang berhenti dalam kesesakan ketika melarikan diri selepas dikejar pemilik kereta curi.


Harian Metro melaporkan, suspek mencuri Volkswagen MK6 GTI yang diparkir di Taman Mutiara Subang.




Gambar hiasan




Dalam kejadian jam 5.15 petang pada Jumaat lalu, pemilik kereta berusia 38 tahun terdengar enjin keretanya dihidupkan ketika berada di dalam kedai bengkel keretanya.


Mangsa bersama rakannya kemudian mengejar suspek dengan menaiki motosikal, tetapi gagal.


"Semasa dilarikan hingga di kawasan stesen minyak Subang Bestari kenderaan itu terhenti dalam kesesakan lalu lintas.


"Mangsa sempat pecahkan cermin hadapan tetapi suspek terus memecut untuk melarikan diri dan berlanggar beberapa kenderaan lain," kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar dalam kenyataan malam tadi.


Tambahnya, suspek melarikan kereta itu menghala Lebuhraya Dash.


"Hasil semakan di lokasi kejadian mendapati terdapat satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang nampak seorang lelaki turun dari Perodua Myvi warna kelabu dan masuk ke dalam kereta mangsa dan terus melarikan kenderaan," katanya.


Difahamkan, polis sudah merakam percakapan saksi untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 08:15 AM | Show all posts
ada video x

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-2-2023 08:15 AM
ada video x

https://vm.tiktok.com/ZS85He6PW
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 10:08 AM | Show all posts
so dapat tangkap ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 03:42 PM | Show all posts
kurang ajar btl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.781720 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list