Rakyat Malaysia parah terkena tiga das tembakan dalam kejadian depan sebuah kedai serbaneka di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, selatan Thailand pada Sabtu. Sinar Harian melaporkan, lelaki berusia 55 tahun dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu dipercayai ditembak suspek tidak dikenali sekitar jam 9 malam (waktu Thailand).
Mangsa yang mengalami kecederaan di perut dan paha kini dirawat di Hospital Betong. "Ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal telah ditembak sebanyak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali. "Suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand berjaya melarikan diri. Setakat ini suspek masih belum ditangkap," kata Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim, semalam.
Tambahnya, polis masih mengenal pasti motif serangan itu sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi atau perniagaan. "Mangsa telah lama keluar masuk ke Betong kerana dipercayai mempunyai seorang isteri warga Thailand. "Mangsa yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah di negara ini pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong," katanya. Tambah Zulkepli, pihaknya akan membantu polis Thailand dalam siasatan tersebut. - CARI
|
sukacactus replied at 14-2-2023 07:12 AM
Selalu kalau ada kes kena tembak ni mesti la ada citer xelok di sebalik
Kalau setakat gi jln2 mkn2 k ...
kepompong replied at 13-2-2023 03:20 PM
takut salah sasar @ peluru sesat @ salah worang je
betong & pengkalan hulu mmg sebelah2 macam kaj ...
sukacactus replied at 14-2-2023 07:12 AM
Selalu kalau ada kes kena tembak ni mesti la ada citer xelok di sebalik
Kalau setakat gi jln2 mkn2 k ...
MissVixen replied at 14-2-2023 08:51 AM
Tak lama nanti mesti banyak keluar berita bahaya ke telen dan ajak bercuti ke langkawi. Padehal kes ...
cmf_premierleag replied at 14-2-2023 07:40 AM
Ya akak setuju
Takde sapo nk bazirkan peluru
Dah la kono tembak 3x
ADVERTISEMENT