CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2373|Reply: 31

[Dunia] Rakyat Malaysia ditembak di Betong, Thailand

[Copy link]
Post time 14-2-2023 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


GERIK - Seorang lelaki rakyat Malaysia dilaporkan parah selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, selatan Thailand pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 9 malam (waktu Thailand), mangsa berusia 55 tahun dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu dipercayai ditembak suspek tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha dirawat di Hospital Betong.

"Ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal telah ditembak sebanyak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali.

"Suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand berjaya melarikan diri. Setakat ini suspek masih belum ditangkap," katanya di sini pada Isnin.

Menurutnya, siasatan dijalankan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan suspek dan motif serangan tersebut.

Kata beliau, siasatan dijalankan dari pelbagai aspek sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi atau perniagaan.

"Mangsa telah lama keluar masuk ke Betong kerana dipercayai mempunyai seorang isteri warga Thailand.

"Mangsa yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah di negara ini pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong," katanya.

Tambah Zulkepli, polis akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2023 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kalau ada kes kena tembak ni mesti la ada citer xelok di sebalik
Kalau setakat gi jln2 mkn2 kat sana, xde sapa nak bazirkan peluru kat korang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 14-2-2023 07:12 AM
Selalu kalau ada kes kena tembak ni mesti la ada citer xelok di sebalik
Kalau setakat gi jln2 mkn2 k ...

takut salah sasar @ peluru sesat @ salah worang je

betong & pengkalan hulu mmg sebelah2 macam kajang - bandar baru bangi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 13-2-2023 03:20 PM
takut salah sasar @ peluru sesat @ salah worang je

betong & pengkalan hulu mmg sebelah2 macam kaj ...

3 x kena tembak bukan peluru sesat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah mampus. Perangai pun jahat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2023 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 14-2-2023 07:12 AM
Selalu kalau ada kes kena tembak ni mesti la ada citer xelok di sebalik
Kalau setakat gi jln2 mkn2 k ...

Ya akak setuju
Takde sapo nk bazirkan peluru
Dah la kono tembak 3x
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:32 AM | Show all posts
oh xmati ke...ni mcmkan amaran keras la ni eh...
kot x baik dia tembak kepala terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama nanti mesti banyak keluar berita bahaya ke telen dan ajak bercuti ke langkawi. Padehal kes kena tembak ni pasal rakyat kita sendiri cari pasal dan ada kes dadah. Yang kena culik haritu pun, dia kena culik di malaysia, bukannya telen. Itu pun kes dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 09:31 AM | Show all posts
Takut meolls nak gi seberang. Duduk rumah diam2 kan lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla jadi angle marketing langkawi [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 14-2-2023 08:51 AM
Tak lama nanti mesti banyak keluar berita bahaya ke telen dan ajak bercuti ke langkawi. Padehal kes  ...

Biasa nya ada kes dadah la... seludup dadah tp tak bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 11:21 AM | Show all posts
salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 11:24 AM | Show all posts
Macam filem koboi dah, tak puas hati sikit terus tembak-tembak. Gila betul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
semntara itu..di sebuah negara 'apa pung boleh'...mereka 'BOLEH jer' buat apa jer..termasuk yg salah...tanpa rasa takut mereka akn ditembak.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 11:58 AM | Show all posts
"Mangsa ...dipercayai mempunyai seorang isteri warga Thailand.

... mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah di negara ini pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong,"

Kalau korang takde isteri di Thailand, takde kes dadah dan takde pusat hiburan di Betong tak payah gelabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sesat tgk gambar atas mmg motor sebelah , tangan mendepa tgh aim mangsa tembak tu. Lgpun mangsa ada rekod lampau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-2-2023 07:40 AM
Ya akak setuju
Takde sapo nk bazirkan peluru
Dah la kono tembak 3x

Teringat kisah abg aku dl ni
Pakai alasan kat sempadan ni bahaya kat ank bininya bila diorang ajak gi jjcm kat siam
Dah bertahun kemudian baru la terbongkar dia ada bini bangsa laos kat haadyai nun
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekan betong ni I baca sgt bersih, kalah bandar2 kat Malaysia. Kalau Majlis perbandaran sibuk sgt nak belajar pengurusan sampah, gi jela betong takyah jejauh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 01:43 PM | Show all posts
Pok Ya Cong Codei????/
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 1.045816 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list