Mahkamah Daerah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pegawai tinggi polis Indonesia selepas terbukti bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu.
Ferdy Sambo, 50, yang juga bekas ketua hal ehwal pasukan polis didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan mengarahkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan, kata ketua panel hakim, Wahyu Iman Santoso. Beliau menyifatkan bekas jeneral itu telah mencemarkan imej pasukan polis, lapor Bernama. Dalam penghakiman yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan pada Isnin, beliau berkata, Ferdy tidak sepatutnya bertindak demikian kerana menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat dan sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang.
Hujah pembelaan bahawa pengawal peribadi Nofriansyah Yosua Hutabarat telah melakukan gangguan seksual terhadap isteri Ferdy juga ditolak mahkamah berikutan kekurangan bukti. Ketika kejadian, Ferdy didakwa mengarah pengawal peribadi yang lain untuk menembak dan membunuh Nofriansyah, Malah, dia sendiri didapati melepaskan tembakan ke arah mangsa di kediaman rasminya di Jakarta Selatan. Berikutan kejadian, Ferdy dipecat pada 25 Ogos 2022. Isterinya, Putri Candrawathi bersama tiga lagi pembantu turut didakwa terbabit dalam pembunuhan terancang. - CARI
|
she replied at 14-2-2023 08:01 AM
Macik tengok live divonis nih kat Kompas TV
Puas hati betul dengan hukuman
Bini dia kena 20 tahun
she replied at 14-2-2023 08:01 AM
Macik tengok live divonis nih kat Kompas TV
Puas hati betul dengan hukuman
Bini dia kena 20 tahun
Ferdy didakwa mengarah pengawal peribadi yang lain untuk menembak dan membunuh Nofriansyah, Malah, dia sendiri didapati melepaskan tembakan ke arah mangsa di kediaman rasminya di Jakarta Selatan.
Berikutan kejadian, Ferdy dipecat pada 25 Ogos 2022. Isterinya, Putri Candrawathi bersama tiga lagi pembantu turut didakwa terbabit dalam pembunuhan terancang
elzy replied at 14-2-2023 08:25 AM
Bini dia memang drama queen tersohor..
Court Indonesia untuk kes ni sesak dengan fan si Richard, t ...
she replied at 14-2-2023 08:01 AM
Macik tengok live divonis nih kat Kompas TV
Puas hati betul dengan hukuman
Bini dia kena 20 tahun
tikusmontok replied at 14-2-2023 08:33 AM
Hot ke wife dia macik?
Noraniza_Iblis replied at 14-2-2023 02:26 PM
tp dlm kes ni,
ramai tk puas hati dgn hukuman yg kene pd Eliezer tu,
sbb die dijanjikan utk hukuman ...
che-cikL replied at 14-2-2023 02:06 PM
Oh dah jumpa dah YT KompasTV. TQ @she , kalau tak iols tak tahu
che-cikL replied at 14-2-2023 02:03 PM
Oh uols ada dapat tengok bicara kes ni ya...
Ingat masa kes yg racun bestfriend kat cafe dulu tu, ...
ADVERTISEMENT