CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4632|Reply: 57

Bunuh Pengawal Peribadi, Ferdy Sambo Dihukum Mati

[Copy link]
Post time 14-2-2023 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Daerah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pegawai tinggi polis Indonesia selepas terbukti bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu.


Ferdy Sambo, 50, yang juga bekas ketua hal ehwal pasukan polis didapati bersalah kerana menghalang keadilan dengan mengarahkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan, kata ketua panel hakim, Wahyu Iman Santoso.




Ferdy Sambo dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu. - Foto EPA





Beliau menyifatkan bekas jeneral itu telah mencemarkan imej pasukan polis, lapor Bernama.


Dalam penghakiman yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan pada Isnin, beliau berkata, Ferdy tidak sepatutnya bertindak demikian kerana menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat dan sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang.


Hujah pembelaan bahawa pengawal peribadi Nofriansyah Yosua Hutabarat telah melakukan gangguan seksual terhadap isteri Ferdy juga ditolak mahkamah berikutan kekurangan bukti.


Ketika kejadian, Ferdy didakwa mengarah pengawal peribadi yang lain untuk menembak dan membunuh Nofriansyah, Malah, dia sendiri didapati melepaskan tembakan ke arah mangsa di kediaman rasminya di Jakarta Selatan.


Berikutan kejadian, Ferdy dipecat pada 25 Ogos 2022. Isterinya, Putri Candrawathi bersama tiga lagi pembantu turut didakwa terbabit dalam pembunuhan terancang. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik tengok live divonis nih kat Kompas TV
Puas hati betul dengan hukuman
Bini dia kena 20 tahun

Tapi Indo punya court
Memang takde gagging
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:25 AM | Show all posts
she replied at 14-2-2023 08:01 AM
Macik tengok live divonis nih kat Kompas TV
Puas hati betul dengan hukuman
Bini dia kena 20 tahun

Bini dia memang drama queen tersohor..
Court Indonesia untuk kes ni sesak dengan fan si Richard, tu paling win..  
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 14-2-2023 08:01 AM
Macik tengok live divonis nih kat Kompas TV
Puas hati betul dengan hukuman
Bini dia kena 20 tahun

Hot ke wife dia macik?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:34 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dari berita2 yg sampai ke malaysia. court yindon tulus keputusannya. polis tak polis retis tak retis. salah kena hukum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2023 08:38 AM | Show all posts
Ferdy didakwa mengarah pengawal peribadi yang lain untuk menembak dan membunuh Nofriansyah, Malah, dia sendiri didapati melepaskan tembakan ke arah mangsa di kediaman rasminya di Jakarta Selatan.


Berikutan kejadian, Ferdy dipecat pada 25 Ogos 2022. Isterinya, Putri Candrawathi bersama tiga lagi pembantu turut didakwa terbabit dalam pembunuhan terancang


serious dh mcm movie
sila2 la filemkan drama drog ni

tp klasifikasi kena la 21 ye
xde cover2 pny

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 09:59 AM | Show all posts
sana kalau telus, telus sungguh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 10:32 AM | Show all posts
elzy replied at 14-2-2023 08:25 AM
Bini dia memang drama queen tersohor..
Court Indonesia untuk kes ni sesak dengan fan si Richard, t ...

richard tu sapa pulak sis? sory malas nak google. tapi meols mmg ada terbaca sikit kes ni and nak tahu sgt keputusan. puas hati la dgn hukuman ni. sbb mmg dlm hati yakin benar mamat tu mati angkara ferdy.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 11:04 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 01:47 PM | Show all posts
Brigadir tu pangkat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 14-2-2023 08:01 AM
Macik tengok live divonis nih kat Kompas TV
Puas hati betul dengan hukuman
Bini dia kena 20 tahun

Oh uols ada dapat tengok bicara kes ni ya...

Ingat masa kes yg racun bestfriend kat cafe dulu tu, iols tgh cuti2 Jogja... Ya ampuuuun kagumnya iols dapat tengok TV tayang langsung perbicaraan. Tapi lupa TV apa masa tu... Nasib uols bgtau ni ha, tayang kat Kompas.

Masa tu iols tak sabar nak masuk bilik lepas jalan2 sebab nak tengok TV.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dah jumpa dah YT KompasTV. TQ @she , kalau tak iols tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:15 PM | Show all posts
Malaysia pun tanak kalah, ada gak kes guna pangkat bunuh org. Lebih kurang sama aje jalan kes dengan kes indon ni.Polis pangkat Datuk arah anak2 buah nya bunuh ex somi kepada skandal.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:26 PM | Show all posts
tp dlm kes ni,
ramai tk puas hati dgn hukuman yg kene pd Eliezer tu,
sbb die dijanjikan utk hukuman lebih ringan penjara bawah 5 tahun,
tp kene 12 tahun..
sbb dlm ramai2 die je berani cerita benda yg betul..pasal kejadian..
cume motif tu, ferdy dgn wife die je la tahu… kenape kne bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 14-2-2023 08:33 AM
Hot ke wife dia macik?

Lawa macik lagi sayammmm
Hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 14-2-2023 02:26 PM
tp dlm kes ni,
ramai tk puas hati dgn hukuman yg kene pd Eliezer tu,
sbb die dijanjikan utk hukuman  ...

Belum divonis lagi Richard nye
15hb esok baru tahu
Yang 12 tahun tuntutan pendakwa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 14-2-2023 02:06 PM
Oh dah jumpa dah YT KompasTV. TQ @she , kalau tak iols tak tahu

Sesama sayamm
Jangan subs channel tu
Tidak penuh update kes serata Indo setiap 30 minit
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 14-2-2023 02:03 PM
Oh uols ada dapat tengok bicara kes ni ya...

Ingat masa kes yg racun bestfriend kat cafe dulu tu, ...

Aah live dorang best
Nampak terus muka pesalah muka hakim
Takde sorok2 kan
So kita rasa puasss

Nanti boleh tengok channel Lifetime Asia
Ada story Canny Ong
Boleh tengok gambau mayat real
Kisah Jessica kopi Vietnam tu pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 14-2-2023 01:47 PM
Brigadir tu pangkat ke?

Lebih kurang koperal kot
Tak pasti ganti nama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.798846 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list