CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Lakukan Jenayah Seks Terhadap Kanak-Kanak, Lelaki Kerat Zakar Sendiri

13-2-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 917| Komen: 6

JAKARTA – Selepas dituduh melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak, seorang lelaki di Indonesia cuba menamatkan riwayat sendiri dengan cara menggerunkan. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan mengerat zakarnya sendiri, demikian menurut portal berita Thaiger. 


Kejadian berlaku di wilayah Nusa Tenggara Timur kelmarin. Sebelum itu, Polis Bola  di Nusa Tenggara Timur  menerima aduan bahawa seorang anggota sebuah keluarga telah menjadi mangsa jenayah seksual di tangan seorang lelaki berumur 32 tahun.

Polis pada asalnya,  dijadualkan memberkas suspek di kediamannya hari ini untuk berdepan pendakwaan. Bagaimanapun, pihak berkuasa berkejar ke kediaman lelaki itu lebih awal apabila suspek memotong zakar sendiri ketika cubaan membunuh diri.


Gambar Hiasan

“Beberapa hari sebelumnya,  aduan difailkan terhadap dirinya berhubung dakwaan jenayah seksual kanak-kanak, jadi kes itu masih dalam proses siasatan,” kata polis.


Bagaimanapun, sebelum mereka dapat memberkas suspek, dia mengambil tindakan drastik tersebut. Seorang jiran berkata, mereka berbual bersama pada tengah hari kelmarin. Lelaki itu tiba-tiba beredar dan berkata , dia mahu mandi.

Polis dihubungi sekitar pukul 1 tengah hari apabila jiran itu menemui suspek dalam keadaan berlumuran darah. Polis berkata, darah mengalir keluar daripada bahagian kemaluannya.

Menurut laman berita Coconuts, selepas dituduh melakukan jenayah seksual kanak-kanak, lelaki itu menggunakan sabit untuk mengerat zakarnya. Apa yang berlaku selepas itu masih belum jelas.

Apabila polis tiba, mereka menemui zakar yang putus di dalam bilik air dan disimpan di dalam sebuah bekas kaca selepas organ itu dipotong. Pihak berkuasa berkata, mereka tidak pasti sama ada suspek sendiri memasukkan zakarnya atau ia dimasukkan oleh anggota keluarganya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 13-2-2023 06:53 PM
*tengok gambar hiasan*


Quote Carcosa 13-2-2023 08:54 PM
Cekal nya hati dia potong anu nya.
Quote intan244 13-2-2023 11:19 PM
mgkn rasa bersalah xboleh kawal nafsu sendiri
Quote rosedemon 14-2-2023 08:46 AM
ok gud for you
Quote electricopop 14-2-2023 10:16 AM
Gambar hiasan tu memainkan peranan yang penting ya.
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 11:17 AM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043874 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top