CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 764|Reply: 6

Dituduh Lakukan Jenayah Seks Terhadap Kanak-Kanak, Lelaki Kerat Zakar Sendiri

[Copy link]
Post time 13-2-2023 06:34 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Selepas dituduh melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak, seorang lelaki di Indonesia cuba menamatkan riwayat sendiri dengan cara menggerunkan. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan mengerat zakarnya sendiri, demikian menurut portal berita Thaiger.


Kejadian berlaku di wilayah Nusa Tenggara Timur kelmarin. Sebelum itu, Polis Bola  di Nusa Tenggara Timur  menerima aduan bahawa seorang anggota sebuah keluarga telah menjadi mangsa jenayah seksual di tangan seorang lelaki berumur 32 tahun.


Polis pada asalnya,  dijadualkan memberkas suspek di kediamannya hari ini untuk berdepan pendakwaan. Bagaimanapun, pihak berkuasa berkejar ke kediaman lelaki itu lebih awal apabila suspek memotong zakar sendiri ketika cubaan membunuh diri.




Gambar Hiasan




“Beberapa hari sebelumnya,  aduan difailkan terhadap dirinya berhubung dakwaan jenayah seksual kanak-kanak, jadi kes itu masih dalam proses siasatan,” kata polis.


Bagaimanapun, sebelum mereka dapat memberkas suspek, dia mengambil tindakan drastik tersebut. Seorang jiran berkata, mereka berbual bersama pada tengah hari kelmarin. Lelaki itu tiba-tiba beredar dan berkata , dia mahu mandi.


Polis dihubungi sekitar pukul 1 tengah hari apabila jiran itu menemui suspek dalam keadaan berlumuran darah. Polis berkata, darah mengalir keluar daripada bahagian kemaluannya.


Menurut laman berita Coconuts, selepas dituduh melakukan jenayah seksual kanak-kanak, lelaki itu menggunakan sabit untuk mengerat zakarnya. Apa yang berlaku selepas itu masih belum jelas.


Apabila polis tiba, mereka menemui zakar yang putus di dalam bilik air dan disimpan di dalam sebuah bekas kaca selepas organ itu dipotong. Pihak berkuasa berkata, mereka tidak pasti sama ada suspek sendiri memasukkan zakarnya atau ia dimasukkan oleh anggota keluarganya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 06:53 PM | Show all posts
*tengok gambar hiasan*


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekal nya hati dia potong anu nya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mgkn rasa bersalah xboleh kawal nafsu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 08:46 AM | Show all posts
ok gud for you
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 10:16 AM | Show all posts
Gambar hiasan tu memainkan peranan yang penting ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2023 11:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061174 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list