View: 28074|Reply: 12
|
[Jenayah]
JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan pada 16 Februari lalu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, perbuatan itu menimbulkan keresahan awam dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.
“OIeh itu, JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“JAKIM juga akan memanggil pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan serta mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut JAKIM, Islam mengiktiraf hiburan sebagai elemen yang membawa kegembiraan dan kesejahteraan, namun ia perlu berlandaskan adab dan tidak bercanggah dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.
Rentetan itu, JAKIM menasihati semua pihak dapat menghormati nilai serta sensitiviti agama di negara ini dan berharap perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.
Sumber – Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Org Islam sendiri yg menghina Islam.
Harap dikenakan hukuman setimpal. |
|
|
|
|
|
|
|
Setujuhh. Mesti bamjat tgah ketawa terbahak2 dekat oz |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah satu dunia tau, lebai tak terhina pula? Lelaki melayu berpakaian perempuan untuk show dunia tak mau ambik tau pun, jadi nak malu dan terhina dari siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
JAKIM agensi lemah, x mampu nak bertindak pun. nanti DAP sebut kebebasan dan kesamarataan...diam la JAKIM |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 18-2-2025 12:10 AM
Rasuah satu dunia tau, lebai tak terhina pula? Lelaki melayu berpakaian perempuan untuk show dunia t ...
terhina dgn kelemahan totey diaorg sendiri  |
|
|
|
|
|
|
|
panggil kaunseling je. jakim propose la acara-acara hiburan perlu ada guidelines berpakaian selari dgn kesopanan & kesusilaan ada dalam rukunegara kan. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 18-2-2025 12:10 AM
Rasuah satu dunia tau, lebai tak terhina pula? Lelaki melayu berpakaian perempuan untuk show dunia t ...
perkara ini...ada yg jelas..ada yg kena dibuktikan.Lg 1...acaner hang boleh tau depa tak terhina? |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik jakim hapuskan lgbt |
|
|
|
|
|
|
|
level confident dorg tggi sgt...nak2 yg pakai baju love besar tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Menggeletar tek silicon masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
udah la rancangan sampah....dtg pulak puak sampah hina....
elok la tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|