CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24473|Reply: 1

Aina Abdul seronok Ernie Zakri menang vokal terbaik, peminat je over suka laga-lagakan

[Copy link]
Post time 17-2-2025 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun tidak dapat mempertahankan trofi vokal terbaik yang dimenangi selama empat tahun berturut-turut, penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa gembira apabila Ernie Zakri akhirnya berjaya memenangi kategori tersebut untuk edisi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, pemilik lagu Aura itu merupakan seorang penyanyi yang bagus dan layak untuk memenangi trofi tersebut.



“Sebenarnya saya sangat gembira apabila Ernie dapat anugerah itu. Kami berdua sempat berborak dan menangis di atas pentas sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk Ernie menang.

“Dia penyanyi yang bagus namun sayangnya peminat kami sentiasa lagakan kami. Ernie juga ada kebolehan yang saya tidak boleh buat,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama Aina turut meluahkan rasa syukur kerana tidak pulang dengan tangan kosong, malah menerima anugerah persembahan terbaik untuk AJL39.

“Saya bersyukur dengan segala anugerah yang Allah bagi. Saya tidak boleh tamak, ini maksudnya saya kena kerja keras lagi selepas ini.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya idamkan untuk lagu ini. Kadang-kadang rasa kasihan dengan lagu ini sebab sebenarnya ada beberapa lagu yang saya tulis tidak sesuai untuk dipertandingkan dan Puas Sudah adalah antaranya,” ujarnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman penyanyi muka so so..tp blh perform meletup pom pom kut.. kehkehkeh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.248479 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list