CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Menyembang Dengan Anak Dengar Bunyi Benda Jatuh, Rupanya Ular Sawa Tengah 'Projek' Di Syiling Rumah

13-2-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2881| Komen: 27


Dua beranak terkejut mendengar bunyi seakan benda jatuh di atas syiling rumah di Lorong Permai Chamang, di Bentong kira-kira jam 3 petang Ahad.

Sebelum kejadian, Menurut Som Salleh, 57, sedang berbual dengan seorang anak perempuannya berusia 26 tahun.


Bunyi itu membawa penemuan dua ekor ular sawa batik dipercayai tengah mengawan.


Ekor ular sawa batik terjulur keluar dari siling bilik rumah tersebut. - Foto ihsan APM

"Menggigil juga dibuatnya sebab ternampak ekor ular sawa keluar dari atas siling yang sudah pecah. Ini kali pertama saya melihat ular sawa batik sebesar itu.

"Saya keluar dari rumah dan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM). Sebenarnya saya dan anak sedang berbincang di bilik sebelah, nak beli siling baru sebab ada yang sudah pecah sikit sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.


Katanya, anaknya bernasib baik tidak tidur di bilik berkenaan. 

"Jika tidak, tak tahu apa yang akan berlaku.

"Memang sebelum ini memang ada ular masuk kerana ada rumah terbiar berhampiran tapi haiwan itu keluar sendiri," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan (PA) Azizah Husain mengesahkan kejadian memaklumkan empat anggota yang dikerah ke tempat kejadian menemui dua reptilia itu pada siling rumah tersebut.


Dua ekor ular sawa batik tengah mengawan ditemui pada siling berjaya ditangkap anggota APM Bentong. - Foto ihsan APM

Seekor daripadanya dengan panjang hampir lima meter dan seberat 32 kilogram (kg) manakala seekor lagi seberat seberat 25kg sepanjang lebih empat meter.

Kedua-dua reptilia itu mengambil masa kira-kira 50 minit untuk ditangkap  menggunakan penjerut.

"Bagaimanapun, kedua-dua reptilia ini akan dilepaskan di tempat yang selamat.

"Kita juga ingin memesan supaya orang awam berhati-hati kerana musim panas akan hampir tiba menyebabkan ular akan mencari tempat yang lebih sejuk," jelasnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 13-2-2023 06:46 PM
[youtube]8MRfvI8Mwv4[/youtube]



Quote sharlenetexas 13-2-2023 06:51 PM
Kinky sangat ke projek kat atas siling?

Quote syamzana 13-2-2023 06:55 PM
sharlenetexas replied at 13-2-2023 06:51 PM
Kinky sangat ke projek kat atas siling?

gelap2 sempit giteww

euwww gelinya mujur tak jatuh dua2 ekor ke lantai kalau i mau terkujat lintang pukang lari
Quote Carcosa 13-2-2023 08:56 PM
Meols mmg respek yach dgn abam2 APM ni.
Diorang ni mmg tak gentar betul dgn haiwan2. Selamba je pakai tangan. Meols yg tgk, mcm nak pengsan 14 kali
Quote alieyrina 13-2-2023 09:05 PM
Trauma la kalau aku. Nak duk dlm umah lepas pada tu mcm mana pun tak taulah
Quote sailormars 13-2-2023 09:06 PM
bapak besar...kalau sy la nampak nie sy menjerit kerasukan dlu...dh penat menjerit baru terfikir nak call APM [em:3:]
Quote becir 13-2-2023 09:15 PM
dani-rox replied at 13-2-2023 06:46 PM

Adoyai sis dani..

Quote kuzaime 13-2-2023 09:37 PM
Mujurlah x jatuh timpa atas orang. Natang ular ni jangankan yg size besar2, baru nampak anak dia pun aku tetap serammm
Quote margo20 13-2-2023 09:45 PM
Uish bosa boto tu ha smpai tumbang siling tp aku lg takut dgn lipas dr ular
Quote dudaberhias 13-2-2023 09:53 PM
sedap2 projek tu bayar sewa ke tak tu? tak bayar sewa elok la kena hangkut dek apm...
Quote imthegirl 13-2-2023 09:55 PM
Carcosa replied at 13-2-2023 08:56 PM
Meols mmg respek yach dgn abam2 APM ni.
Diorang ni mmg tak gentar betul dgn haiwan2. Selamba je paka ...

APM ni ada gaji ke?
Quote Raline 13-2-2023 10:05 PM
sharlenetexas replied at 13-2-2023 06:51 PM
Kinky sangat ke projek kat atas siling?

dulu manusia ramai pojek kt semak... dah tu ular pindah la naik atas atap
Quote Nham22 13-2-2023 10:06 PM
sailormars replied at 13-2-2023 09:06 PM
bapak besar...kalau sy la nampak nie sy menjerit kerasukan dlu...dh penat menjerit baru terfikir nak ...

Hahahaha.. Berdekah2x aku gelak.. Tgh bayangkan hang p menjerit2x mcm pondan kene rasokkk.. Then baru nampak hp tuk call jpam... Yg dtg pulakkk abd2x hensem dan sado... Reti plak hang behave.... Hahaha
Quote yondu 13-2-2023 10:28 PM
beria ngongkek sampai terjatuh naaa [em:3:][em:4:] teringat iols zaman awal2 kawen smpai jatuh meja mkn pn tak rasa apa, sooo syedap
Quote Radzor 13-2-2023 10:56 PM
Bela kucing sekor dua.. biar dia round2 kawasan umah, celah2 tong gas termasuk atas siling
Quote edoraixora 13-2-2023 10:59 PM
Bapak besor....serammmm
Binatang apa2 mesti ada pasangan, kalau jumpa sekor mesti akan ada sekor lagi berhampiran.

Quote edoraixora 13-2-2023 11:03 PM
sailormars replied at 13-2-2023 09:06 PM
bapak besar...kalau sy la nampak nie sy menjerit kerasukan dlu...dh penat menjerit baru terfikir nak ...


Adoii kelakar lah....
Sama lah ngan aku ni, tapi kalau jumpa lipas terbanglah.
Mesti mencicit2 lari & menjerit2 dulu, then baru pikir nak amik baygon sembur.
Dah ada seekor, kena sembur tempat2 berhampiran jugak, konpem jumpa sekor lagi.
Paling babi hari tu, tengah syok2 melipat kain, tiber lipas terbang depan muka. Tak cukup tanah aku lari & menjerit...babi betul lah. Memang menyumpah terus.

Quote intan244 13-2-2023 11:09 PM
ulaq macam kena ketuk pintu masa tgh projek kat hotel bajet.
Quote Meiizu 13-2-2023 11:32 PM
Mujur pakcik & anak selamat..gile berat ular sama mcm berat budak

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039790 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top