Dua beranak terkejut mendengar bunyi seakan benda jatuh di atas syiling rumah di Lorong Permai Chamang, di Bentong kira-kira jam 3 petang Ahad.
Sebelum kejadian, Menurut Som Salleh, 57, sedang berbual dengan seorang anak perempuannya berusia 26 tahun.
Bunyi itu membawa penemuan dua ekor ular sawa batik dipercayai tengah mengawan.
Ekor ular sawa batik terjulur keluar dari siling bilik rumah tersebut. - Foto ihsan APM
"Menggigil juga dibuatnya sebab ternampak ekor ular sawa keluar dari atas siling yang sudah pecah. Ini kali pertama saya melihat ular sawa batik sebesar itu.
"Saya keluar dari rumah dan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM). Sebenarnya saya dan anak sedang berbincang di bilik sebelah, nak beli siling baru sebab ada yang sudah pecah sikit sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Katanya, anaknya bernasib baik tidak tidur di bilik berkenaan.
"Jika tidak, tak tahu apa yang akan berlaku.
"Memang sebelum ini memang ada ular masuk kerana ada rumah terbiar berhampiran tapi haiwan itu keluar sendiri," katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan (PA) Azizah Husain mengesahkan kejadian memaklumkan empat anggota yang dikerah ke tempat kejadian menemui dua reptilia itu pada siling rumah tersebut.
Dua ekor ular sawa batik tengah mengawan ditemui pada siling berjaya ditangkap anggota APM Bentong. - Foto ihsan APM
Seekor daripadanya dengan panjang hampir lima meter dan seberat 32 kilogram (kg) manakala seekor lagi seberat seberat 25kg sepanjang lebih empat meter.
Kedua-dua reptilia itu mengambil masa kira-kira 50 minit untuk ditangkap menggunakan penjerut.
"Bagaimanapun, kedua-dua reptilia ini akan dilepaskan di tempat yang selamat.
"Kita juga ingin memesan supaya orang awam berhati-hati kerana musim panas akan hampir tiba menyebabkan ular akan mencari tempat yang lebih sejuk," jelasnya. - CARI
Post time 13-2-2023 10:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sailormars replied at 13-2-2023 09:06 PM
bapak besar...kalau sy la nampak nie sy menjerit kerasukan dlu...dh penat menjerit baru terfikir nak ...
Hahahaha.. Berdekah2x aku gelak.. Tgh bayangkan hang p menjerit2x mcm pondan kene rasokkk.. Then baru nampak hp tuk call jpam... Yg dtg pulakkk abd2x hensem dan sado... Reti plak hang behave.... Hahaha
Post time 13-2-2023 11:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sailormars replied at 13-2-2023 09:06 PM
bapak besar...kalau sy la nampak nie sy menjerit kerasukan dlu...dh penat menjerit baru terfikir nak ...
Adoii kelakar lah....
Sama lah ngan aku ni, tapi kalau jumpa lipas terbanglah.
Mesti mencicit2 lari & menjerit2 dulu, then baru pikir nak amik baygon sembur.
Dah ada seekor, kena sembur tempat2 berhampiran jugak, konpem jumpa sekor lagi.
Paling babi hari tu, tengah syok2 melipat kain, tiber lipas terbang depan muka. Tak cukup tanah aku lari & menjerit...babi betul lah. Memang menyumpah terus.