CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong Tak Ada Niat Atur Landskap Politik Tanah Air

13-2-2023 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 758| Komen: 6

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda tidak berniat mencampuri urusan politik negara termasuk mengatur percaturan landskap politik tanah air.


Al-Sultan Abdullah bertitah, bagaimanapun buat pertama kali baginda telah dibawa ke kancah gelanggang kemelut politik tanah air menerusi peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Foto: kosmo

“Pada 31 Januari 2019, Beta telah melafazkan sumpah untuk sesungguhnya dan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagai mana undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Hakikatnya, Beta hanya melaksanakan amanah dan janji yang dituntut seperti mana yang telah Beta lafaz dan ikrarkan. Beta tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara apatah lagi untuk mengatur percaturan lanskap politik tanah air.


“Pada pengamatan beta jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 tidak berlaku nescaya rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) juga akan dapat dielakkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa menyampaikan titah diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah menjelaskan, baginda buat pertama kali dibawa ke kancah gelanggang kemelut politik tanah air pada 24 Februari 2020 apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Titah baginda, selaras dengan kuasa budi bicara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan, baginda mendapati Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020.

“Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perdana Menteri ke-8 juga meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021. Beta sekali lagi terpaksa menggalas amanah berat untuk memilih dan melantik Perdana Menteri yang baru.

“Beta selanjutnya berpuas hati Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memperolehi kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan selayaknya dilantik menjadi Perdana
Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021.

“Tidak berapa lama kemudian, Perdana Menteri ke-9 pula memohon perkenan Beta untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 dan Beta telah memperkenankan untuk Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022,” titah baginda.

Baginda bertitah, selepas selesai PRU15, buat pertama kali dalam sejarah demokrasi Malaysia, negara berhadapan situasi Parlimen tergantung, maka baginda sekali lagi menggalas amanah berat untuk memilih dan melantik seorang Perdana Menteri.

Titah baginda, keadaan itu umpama peribahasa `berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ kerana dalam situasi tiada parti politik atau gabungan dominan memperolehi majoriti mudah, Perlembagaan Persekutuan menuntut Baginda melantik seorang Perdana Menteri.

Baginda bertitah, Perlembagaan Persekutuan menuntut Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen yang pada hemat baginda memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

“Beta telah membuka seluas-luasnya ruang kepada ahli-ahli yang berhormat untuk bermuafakat dan mencari kesepakatan atas prinsip perpaduan demi untuk masa hadapan negara.

“Setelah mengambil pendekatan ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, pada 24 november 2022 Beta berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10,” titah baginda. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 13-2-2023 01:55 PM
Klah blh letak syarat  mna2 presiden parti or mp yg masih dlm court kes supaya x diberi sebrg jwtn dlm gomen
Quote cikatilia 13-2-2023 02:45 PM
for me dia baca teks tu sekadar baca aje
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 02:54 PM
-edited-
Quote Lagubestbest 13-2-2023 03:36 PM
Memang nampak dia tanak campur pun, sebab tu dia bagi nasihat mintak campur semua orang, setel. World Cup kot masa tu.
Quote rosedemon 14-2-2023 08:41 AM
k duk diam2 lah
Quote Tinot7 14-2-2023 08:45 AM
Pooddaahh lerr ajmee bubur jagung..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.216260 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top