Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai pengusaha makanan menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40. Dalam pada ramai yang memuji inisiatif berkenaan, wujud juga segelintir pihak mempertikaikan harga makanan yang ditawarkan.
Menurut mereka, inisiatif berkenaan sebenarnya tidak membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah memandangkan golongan berkenaan perlu berbelanja lebih untuk membeli Menu Rahmah buat setiap isi rumah. Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial tampil dengan pandangan rasional bagi "Menu Rahmah itu dimanfaatkan oleh orang yang bekerja atau berada di luar rumah. Kalau sebelum ini dia makan sekali RM8, kini dah dapat jimat RM3. "Kalau 25 hari kerja pun, dah jimat RM75. Dengan RM75 itu, dia boleh menambah belanja barang dapur di rumah, (contohnya) ayam dua ekor, sardin dua tin dan beras lima kilogram.
"Menu Rahmah bukannya untuk kau angkut seluruh isi rumah ke kedai, daripada moyang ke cicit, sampai lapan orang. Kemudian merungut kena bayar RM40 sekali makan. "Kalau dah tahu lapan orang, masaklah di rumah, RM30 pun cukup sekali makan," tulis pengguna sosial berkenaan. Dalam masa yang sama dia turut menasihati masyarakat supaya berfikiran lebih jauh mengenai impak serta kebaikan inisiatif berkenaan dan bukan sewenang-wenangnya menghambur rasa tidak puas hati. "Sesekali gunalah isi (otak) dalam tempurung kepala di atas itu dengan betul, jangan sampai berlumut hijau," sindirnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan pandangan lelaki berkenaan sambil menambah, kebanyakan individu yang merungut adalah golongan yang tidak pandai bersyukur. Sebahagian komen netizen yang senada dengan pandangan lelaki berkenaan mengenai Menu Rahmah. "Orang yang mempertikaikan tu faham atau pura-pura tak faham? Sebab apabila hati dah kotor, benda baik pun akan nampak jelik. "Benda bagus asyik nak kutuk saja kerjanya. "Dia nak harga turun macam zaman 60an dulu. Sebolehnya nak makan sepinggan ada ayam RM2 supaya boleh bawa anak beranak," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
prettyuglybabe replied at 13-2-2023 11:51 AM
bengapnya mat abu tu..
dah tau miskin masak la kat rumah satu family makan kenyang..
jadah nak makan ...
kitaserupaaa replied at 13-2-2023 11:49 AM
Cafe tmpt aku dah offee menu rahmah untuk lunch tapi limited quantities. Aku segan pulak nak berebut ...
ADVERTISEMENT