CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4801|Reply: 90

"Menu Rahmah Bukan Untuk Angkut Satu Rumah, Lepas Tu Merungut Kena Bayar RM40 Sekali Makan"

[Copy link]
Post time 13-2-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai pengusaha makanan menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40.


Dalam pada ramai yang memuji inisiatif berkenaan, wujud juga segelintir pihak mempertikaikan harga makanan yang ditawarkan.


Menurut mereka, inisiatif berkenaan sebenarnya tidak membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah memandangkan golongan berkenaan perlu berbelanja lebih untuk membeli Menu Rahmah buat setiap isi rumah.


Foto: Harian Metro




Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial tampil dengan pandangan rasional bagi


"Menu Rahmah itu dimanfaatkan oleh orang yang bekerja atau berada di luar rumah. Kalau sebelum ini dia makan sekali RM8, kini dah dapat jimat RM3.


"Kalau 25 hari kerja pun, dah jimat RM75. Dengan RM75 itu, dia boleh menambah belanja barang dapur di rumah, (contohnya) ayam dua ekor, sardin dua tin dan beras lima kilogram.


"Menu Rahmah bukannya untuk kau angkut seluruh isi rumah ke kedai, daripada moyang ke cicit, sampai lapan orang. Kemudian merungut kena bayar RM40 sekali makan.


"Kalau dah tahu lapan orang, masaklah di rumah, RM30 pun cukup sekali makan," tulis pengguna sosial berkenaan.







Dalam masa yang sama dia turut menasihati masyarakat supaya berfikiran lebih jauh mengenai impak serta kebaikan inisiatif berkenaan dan bukan sewenang-wenangnya menghambur rasa tidak puas hati.


"Sesekali gunalah isi (otak) dalam tempurung kepala di atas itu dengan betul, jangan sampai berlumut hijau," sindirnya.








Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan pandangan lelaki berkenaan sambil menambah, kebanyakan individu yang merungut adalah golongan yang tidak pandai bersyukur.


Sebahagian komen netizen yang senada dengan pandangan lelaki berkenaan mengenai Menu Rahmah.






"Orang yang mempertikaikan tu faham atau pura-pura tak faham? Sebab apabila hati dah kotor, benda baik pun akan nampak jelik.


"Benda bagus asyik nak kutuk saja kerjanya.


"Dia nak harga turun macam zaman 60an dulu. Sebolehnya nak makan sepinggan ada ayam RM2 supaya boleh bawa anak beranak," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 11:40 AM | Show all posts
dah ahli keluarga ramai, masak kat rumah je dik..tak payah berangan nak makan kat luar, rajin ke idok je dik nak memasak, asik komplen aje ko itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cafe tmpt aku dah offee menu rahmah untuk lunch tapi limited quantities. Aku segan pulak nak berebut menu rahmah sbb rasa cleaner2 yg beli mknan kt situ lagi berhak utk beli menu rahmah tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:51 AM | Show all posts
bengapnya mat abu tu..
dah tau miskin masak la kat rumah satu family makan kenyang..
jadah nak makan kat luar jugak..
hari-hari pulak tu..
miskin sangat sampai tak mampu beli dapur ke..
orang berduit pun tak sesah makan luar hari-hari mat abu oiii..
ada siap bawak bekal lagi gi kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sat lg depa jemu laa dgn menu ni..
maklum lah tekak mmg mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:57 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-2-2023 11:51 AM
bengapnya mat abu tu..
dah tau miskin masak la kat rumah satu family makan kenyang..
jadah nak makan ...

Mat abu dh bajet2 nk tnjuk cerdik dh tu buat kira2...tp menampakkan sisi bengap kt lain

Ada plak tu yg sokong kt bwh tu kata baik masak sndri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 13-2-2023 11:59 AM

Hahahahahahahanat
Apa nk jadi la ngn bangsaKu
Aku personally rasa bila tarik balik segala mala subsidi & initiative kerajaan baru hgpa auto cerdik kot nohh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:59 AM | Show all posts
basic pnya math pun kau bengap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 12:02 PM | Show all posts
bangang betul.. iolss ni anak beranak makan kenyang dulu perut tu baru kluar berjalan ke mall..
kat mall pun makan kudap kudap je.. takdenya nak makan heavy.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade sebab si abu ni miskin....salah satu nye bodo pekat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak sendiri je la baii
dh tau family besar..tu pun nak kena ajar
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:10 PM | Show all posts
dah RM5 tiber masak pon xmau jadahnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lauk macam menu rahmah ni pun ada org sanggup x nak masak sendiri...sanggup pulak habiskan RM5 ....dah kurang income lagi mau buang RM 5 makan luar....ptuih

Dasar bangsa subsidi pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat abu nak tunjuk bijak tapi bebal bengap buduhhhhsss
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 13-2-2023 11:49 AM
Cafe tmpt aku dah offee menu rahmah untuk lunch tapi limited quantities. Aku segan pulak nak berebut ...

mulia sungguh hati chuols. tp sekali sekala ok je buat raso2
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
klinik 1 malaysia tu ha.. bukak balik laaaa… x kisah la nk buh nama apa pun…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut lah miskin. Dasar bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:34 PM | Show all posts
kot dah ramai anakberanak, masak la kat rumah!  itu pun nak kena ajar ke....simple calculation jah!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:57 PM | Show all posts
aku duduk berdua dgn laki aku pun, hari2 aku masak bawak bekal pi keje laki bini.
sekali pun tak penah jumpa menu rahmah ni.
kau yg keluarga sekoyan tu pegi la masakk!! ape bengap sgt nak buat math mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 12:58 PM | Show all posts
pasaraya mydin pun cakap akan stop menu rahmah ni kalu harga barang mentah terus mencanak naik..x lama la menu rahmah ni da kata gomen lepas tangan sume peniaga nk pikul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.413246 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list