Putrajaya: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Karisma Turmeric Booster Cream Merkuri dan Flashhskinzz Treatment Cream Merkuri yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. "Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. "Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk dengan serta-merta. "Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. "Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama. "Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya. Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. "Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
awenda507 replied at 13-2-2023 02:51 PM
aku beli krim2 ni semua yg jual kat drugstore je. tak penah cuba pn produk2 lain sbb takot makin hau ...
totokreturn. replied at 13-2-2023 11:13 AM
sapa sapa boleh pi comment dekat FB tu, cakap hai saya dari KKM, product awak ni ada ada mercuri
vanillaninja replied at 13-2-2023 11:03 AM
Karisma ni yang foundernya pakai Lamborghini, Mustang segala bagai tu ke?
Flashhskinzz ni ya ampun ...
ADVERTISEMENT