View: 1961|Reply: 20
|
Berhenti Guna Karisma Turmeric Booster Cream Dan Flashhskinzz Treatment Cream, Ada Merkuri
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Karisma Turmeric Booster Cream Merkuri dan Flashhskinzz Treatment Cream Merkuri yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
 Foto: Harian Metro
"Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk dengan serta-merta.
" enjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
"Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
"Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Karisma ni yang foundernya pakai Lamborghini, Mustang segala bagai tu ke?
Flashhskinzz ni ya ampun kemain rempit nama, ada jugak ye orang yang sanggup beli nama product hauk macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mercury ni murah ke ek nak dibeli?
Sbb produk timbang kilo ni, semua diorang letak Mercury. Murah gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
sapa sapa boleh pi comment dekat FB tu, cakap hai saya dari KKM, product awak ni ada ada mercuri
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp la masih ramai lg bangang² yg suka beli produk timbang kilo ni lagi |
|
|
|
|
|
|
|
selagi ada yang bodoh beli produk timbang kilo ni, selagi tu la ada yang jual.. |
|
|
|
|
|
|
|
ponder2 makin kaya, hujung tahun boleh melancong, tambah rumah, tambah kereta.
yg acik2 bawang je lah sebok menjahanamkan muka msg2 dgn merkuri menyokong pounder2 pujaan diorang.
wkwkwkwkw, walhal pounder2 tuh semua langsung tak pakai pon prodak diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku beli krim2 ni semua yg jual kat drugstore je. tak penah cuba pn produk2 lain sbb takot makin hauk pulak rupa klu salah guna produk.hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2023 masih ada manusia bangang bebal bodo terencat pakai krim timbang kilo..semoga terus bodo 7 keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya yg beli produk2 ponder timbang kilo ni kawan2, ahli keluarga sedara mara agent. tu yg kesian bila makcik2 yg nak menolong sedara mara beli krim sampah mcm ni.
Ponder2 produk sampah timbang kilo bancuh tepi longkang ni tiap2 tahun pegi umrah pakej VIP, memang tak ingat dosa pahala dah.
produk aiken, Safi, cosmoderm tu dah cukup bagus dah. semua mampu milik, mmg ada lab ada r&d produk2 pun dah upgrade. kalau brand indo, wardah, elmira mmg dah ada jual kat farmasi malaysia pun. kalau ada kwn2 gi obersi tu brlah pesan the ordinary walaupun sephora dah ada tp biasala masuk malaysia rege mahal sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
awenda507 replied at 13-2-2023 02:51 PM
aku beli krim2 ni semua yg jual kat drugstore je. tak penah cuba pn produk2 lain sbb takot makin hau ...
Sama la kita.. bebaru ni opismet rekomen produk menda tah, dia kata kat watson guardian takde, kat kedai jamu je ada..
Terus iols bising kat dia sebab pakai produk timbang kilo, tapi memang glowing gebu gebas kulit wajah dia lately |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bendanya ni...bnyk betul bahan kecantikan depa tepek kat muka...aku cuma pakai palembap dan bedak je seumur hidup ... |
|
|
|
|
|
|
|
knp haku takpnh dgr nama produk ni
mcm ramai je yg pakai rupanya
|
|
|
|
|
|
|
|
ang la wakil totok
ang rajinnnnnnnn 
|
|
|
|
|
|
|
|
botol pon mcm botol minyak urut cap pak kasim kaler gitu |
|
|
|
|
|
|
|
moga keta lembugini sheols meletup tepi jalan yach! 
|
|
|
|
|
|
|
|
Testimoni tu gambar berjerawat dengan luka2 berani main tepek krim packaging rempit ni. Selayaknya manusia macam ni pupus. Akal tolak tepi demi kulit gebu. |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada org bangang pakai benda cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 13-2-2023 11:10 AM
Betui ka testimoni2 tuh? Cam tipu jahh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|