CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam Degil Tak Keluarkan Pistol Maut Tertembak Ketika Jalani MRI

13-2-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 943| Komen: 2


Seorang peguam gagal mengeluarkan pistol miliknya sebelum masuk ke bilik pengimejan resonans magnetik (MRI) di sebuah hospital di Brazil, maut selepas secara tidak sengaja terkena tembakan senjata api itu.


Portal Independent dipetik Harian Metro melaporkan ketika kejadian, Leandro Mathias de Novaes, 40, membawa ibunya untuk imbasan di Laboratorio Cura di sini, lapor Jam Press.


LEANDRO Mathias de Novaes.

Dia diarahkan untuk mengeluarkan semua objek logam sebelum memasuki bilik imbasan bagaimanapun gagal memberitahu pekerja hospital bahawa dia mempunyai pistol.

Justeru, medan magnet daripada pengimbas MRI menarik senjata milik peguam itu dari pinggangnya dan secara tidak sengaja tembakan dilepaskan dan terkena perutnya.

Difahamkan, peguam itu juga bekerja sebagai pencipta kandungan prosenjata api yang mempunyai 12,000 pengikut di TikTok dan Instagram.


Jurucakap Laboratorio Cura berkata, pihaknya ingin menekankan bahawa semua protokol pencegahan kemalangan dipatuhi oleh pasukan Cura, seperti kebiasaan di semua unit.

Makmal itu juga menyatakan bahawa kedua-dua Leandro dan ibunya menandatangani borang mengenai protokol itu, tetapi mangsa didakwa gagal memaklumkan kewujudan senjata api miliknya sebelum memasuki bilik pemeriksaan dengan keputusannya sendiri.

Polis mengesahkan peguam berkenaan mempunyai lesen senjata api yang sah dan senjata itu didaftarkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 13-2-2023 09:35 AM
Kalau jd kt malaysia ni mesti masuk mastika ala ala ada tangan ghaib gitu
Quote kepompong 13-2-2023 09:38 AM
margo20 replied at 13-2-2023 09:35 AM
Kalau jd kt malaysia ni mesti masuk mastika ala ala ada tangan ghaib gitu

hahahaaa pastu org pun kagum

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.311883 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top