Siti Jamumall sekali lagi dituduh membuat content bagi menarik perhatian ramai sehingga sanggup berpura-pura sakit. Personaliti media sosial dan usahawan itu meluahkan rasa kesal dituduh menipu orang ramai dengan membabitkan isu kesihatan diri. Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, menegaskan dia tidak melakukannya demi marketing bagi melariskan jualan produknya. “Nak kata saya buat marketing memang tidak! Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main. Saya tak sanggup nak jadikan sakit sebagai content kerana takut betul terkena kepada diri sendiri. “Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus,” katanya dipetik mStar. Siti sebelum ini berkongsi di TikTok mengangai perkembangan dirinya menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Jumaat bagi mengenal pasti benjolan pada kiri lehernya. Enggan memikirkan tanggapan negatif warganet, Siti mengambil pendekatan untuk memberi fokus pada keadaan kesihatannya. “Tak perlu terasa hati. Saya juga faham apa sahaja yang dilakukan boleh menjadi viral di media sosial. Biasalah, dalam kehidupan tidak semua orang suka kita," katanya yang hanya mahu mengambil perkara positif sahaja. Kredit video: TikTok Jelas Siti, dia mula menyedari masalah kesihatan dialami beberapa bulan lalu dan dia kemudian ke klinik untuk membuat pemeriksaan kerana mendapati benjolan tersebut menjadi semakin besar. “Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma,” jelasnya. Takkan lah Siti sanggup nak buat main jadikan sakit sebagai content, kan? - CARI
|
_blackbird replied at 12-2-2023 01:55 PM
ala minah ni ntah2 mcm i punya kes je kot, few year back pon i ada mcm ketulan kat back abdomen, ben ...
Carcosa replied at 12-2-2023 01:15 PM
Tadi meols scroll2 Live TikKetok. Terlalu Live perempuan ni. Dia tgh mencekik, dkt bilik ward spital ...
Fazzbulous replied at 12-2-2023 03:49 PM
gile ke minah tu..ingt TB tu benda biasa2 ke...kena quarantine kan...spupu i sorang kena..lama ken ...
NazRysha replied at 12-2-2023 07:29 AM
entah2 bisul
minah ni kan propa
Carcosa replied at 12-2-2023 04:24 PM
Itulahhhh. Confident dia tu tinggi hingga ke langit Ayah Pin yach. Dia kata dia punya TB ni type l ...
ADVERTISEMENT