“Sebenarnya, sudah lapan tahun. Bayangkan saya sering sakit tapi apabila ke hospital untuk mendapatkan rawatan, doktor hanya menyatakan saya sakit biasa sedangkan keperitan yang saya alami sangat teruk."
Demikian kata DJ Lin yang ditemui di majlis sidang media Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Glasshouse, Seputeh, baru-baru ini. “Saya mimpi macam-macam perkara menyeramkan, saya juga tahu siapa yang lakukan perkara terbabit. Tapi biarlah saya simpan sendiri. Saya pernah berubat menggunakan kaedah rawatan Islam. Ustaz yang merawat saya mengatakan individu yang melakukan perkara terbabit mahu buat saya sehingga saya mati. “Hanya satu cara yang boleh menghentikan gangguan ini iaitu dengan saya berhenti kerja di Suria FM. Saya enggan menurut kerana saya mahu kuatkan semangat demi kerjaya dan demi peminat yang menyokong,” katanya dipetik dari XTRA.
DJ Lin tetap menggagahkan diri untuk terus melangkah walaupun tubuh tidak larat kerana tidak mahu melayan gangguan dialaminya. Katanya, dia tidak mahu pinyihirnya gembira seandainya dia lemah semangat. "Lebih baik saya berikan tumpuan kepada kerjaya. Saya mohon orang ramai mendoakan kesejahteraan saya," ujarnya. - CARI |
ajinomotonosuga replied at 11-2-2023 12:53 PM
Ghuper pun dah serupa jin...mana tak sakit?
ADVERTISEMENT