Ekoran menjadi bebanan pengguna, pakar ekonomi menggesa caj RM1 bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dihapuskan. Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sepanjang dikecualikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, pihak bank masih mampu beroperasi seperti biasa, malah mampu mengaut keuntungan semasa pandemik Covid-19.
“Jadi, ia cukup jelas menunjukkan bahawa tiada masalah jika caj ini tidak diteruskan lagi kerana pihak bank juga mengenakan caj untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada pengguna,” katanya kepada Kosmo!. Sebaliknya, wajar untuk mempertimbangkan caj tersebut hanya dikenakan kepada pekerja asing. Seorang lagi pakar ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpendapat pihak bank tidak akan mengalami kerugian jika memansuhkan caj RM1 bagi transaksi pengeluaran berlainan bank.
“Jadi bagi saya, jika mansuhkan caj RM1 ini, ia tidak memberi kesan ke atas kos operasi bank, malah mereka mampu mengaut keuntungan lagi dengan caj-caj dan ‘bunga’ ke atas peminjam. “Inilah masanya pihak bank membalas balik ‘budi’ pelanggan dengan memansuhkan caj RM1 atau menggantung sementara ketika ekonomi masih tidak stabil,” katanya. Sebaliknya, pihak bank boleh mempertimbangkan caj berkenaan dikenakan kepada pengguna yang membuat pengeluaran wang secara tunai dalam jumlah yang besar. - CARI
|
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2023 06:48 PM
Siapa suruh cucuk banyak-banyak kali, tengok macam akak, setiap malam Jumaat sahaja kena cucuk ...
ADVERTISEMENT