CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 9

Rakyat Terbeban Dengan Caj RM1 Transaksi Atm

[Copy link]
Post time 10-2-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Ekoran menjadi bebanan pengguna, pakar ekonomi menggesa caj RM1 bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dihapuskan.


Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sepanjang dikecualikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, pihak bank masih mampu beroperasi seperti biasa, malah mampu mengaut keuntungan semasa pandemik Covid-19.


“Jadi, ia cukup jelas menunjukkan bahawa tiada masalah jika caj ini tidak diteruskan lagi kerana pihak bank juga mengenakan caj untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada pengguna,” katanya kepada Kosmo!.




Gambar hiasan




Sebaliknya, wajar untuk mempertimbangkan caj tersebut hanya dikenakan kepada pekerja asing.


Seorang lagi pakar ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpendapat pihak bank tidak akan mengalami kerugian jika memansuhkan caj RM1 bagi transaksi pengeluaran berlainan bank.


“Jadi bagi saya, jika mansuhkan caj RM1 ini, ia tidak memberi kesan ke atas kos operasi bank, malah mereka mampu mengaut keuntungan lagi dengan caj-caj dan ‘bunga’ ke atas peminjam.


“Inilah masanya pihak bank membalas balik ‘budi’ pelanggan dengan memansuhkan caj RM1 atau menggantung sementara ketika ekonomi masih tidak stabil,” katanya.


Sebaliknya, pihak bank boleh mempertimbangkan caj berkenaan dikenakan kepada pengguna yang membuat pengeluaran wang secara tunai dalam jumlah yang besar. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuu...bank dah byk untunggggg
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk simpanan......berapa % Bank bagi faedah kepada pelanggan?
Berapa Bank caj untuk credit card,  loan bagai?
Bila pelanggan guna ATM..........berapa Bank jimat disegi staffing (tak perlu ada cashier,  tak perlu ada kerani,  tak perlu ada pegawai untuk luluskan pengeluaran)
Bank dahpun untung bila customer pakai ATM.  Kalau susah2.......batalkan je lesen Bank2 penipu tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh cucuk banyak-banyak kali, tengok macam akak, setiap malam Jumaat sahaja kena cucuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 06:59 PM | Show all posts
eh nak tanya time kita pakai eWallet beli menu rahmah transfer duit bayar lawyer fight bini kedua ape bagai tu kena caj ke tak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuu... Bank untung giler2... Apa Salah menyumbang semula pd negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2023 07:23 PM | Show all posts
Me bayar 15 dollars sebulan kat sini untuk unlimited penggunaan debit card. .

Kedekut gila bank sini tapi cam tak diterima akal kan, kita simpan duit kat situ, bila nak guna duit sendiri, ada caj juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sebulan 3/4 kali keluar atm pun dah rm50 setahun nok. brp puluh juta rakyat malaysia buat mmg beratus juta kut dapat.

akak transfer e wallet je skrg ni senang kalau makan mamak pun dah boleh scan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbeban tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 07:59 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2023 06:48 PM
Siapa suruh cucuk banyak-banyak kali, tengok macam akak, setiap malam Jumaat sahaja kena cucuk ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.370615 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list