CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM50 Juta Lesap Lepas Tertipu Dengan Skim Kutu Ekstra Saving Sapiza

10-2-2023 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2006| Komen: 20

Skim kutu digelar 'Ekstra Saving Sapiza' menggunakan modus operandi iklan menarik di pelbagai platform media sosial dengan menjanjikan pulangan lumayan antara 10 hingga 60 peratus daripada wang yang dilaburkan.


Sehingga kini ia sudah menyebabkan kerugian dianggarkan RM50 juta dipercayai membabitkan lebih 1,000 mangsa seluruh negara.

Seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 39, mendakwa dia bersama dua lagi adik-beradiknya mengalami kerugian sebanyak RM70,000 selepas ditipu oleh individu yang menjalankan pelan pelaburan kutu itu.


Foto: Harian Metro

"Saya melabur wang sebanyak RM7,000 dalam skim kutu itu pada Mac tahun lalu adalah untuk menambah kos perubatan anak lelaki berusia lima tahun yang menghidap kecacatan fizikal (spina bifida).

"Pelabur dijanjikan pulangan sebanyak 10 hingga 60 peratus seperti yang ditawarkan di dalam pelan pelaburan," kata pemilik warung makan itu pada sidang media pendedahan mangsa anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini, hari ini.


Menurutnya, pelan pelaburan kutu itu dikatakan menyediakan beberapa pakej serta tarikh pulangan wang modal serta keuntungan.

Wati berkata, selain daripada seorang wanita yang juga dianggap 'ibu kutu', terdapat beberapa individu yang ditugaskan sebagai 'admin' untuk membantu menjalankan skim kutu itu.

"Kami berasa ditipu apabila kami tidak mendapat pulangan wang seperti yang telah dijanjikan sejak November tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kebanyakan mangsa penipuan skim kutu itu berasal dari Johor.

"Seramai 60 mangsa tampil membuat aduan kepada MHO dan daripada jumlah itu seramai 30 mangsa sudah membuat laporan polis," katanya.

Hishamuddin berkata, ada juga dalam kalangan mangsa terdiri daripada ustaz, penjawat awam, swasta dan anggota polis.

"Mangsa terpedaya dengan skim itu kerana menawarkan pembayaran ekstra, iaitu suatu kadar yang tidak pernah dijanjikan oleh mana-mana institusi kewangan serta pelaburan yang sah," katanya.

Hishamuddin berkata, beliau difahamkan penganjur skim itu yang dikenali sebagai 'ibu kutu' bersama tujuh ejennya sudah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihaknya jika kes 'ibu kutu' dan ejen terbabit akan diserahkan kepada agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan.

"Kita bimbang, SSM menerusi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) hanya membuat tuduhan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) dengan hukuman maksimum hanya RM500,000 atau penjara," katanya.

Menurutnya, MHO berharap pelaku wajar dikenakan tindakan tegas bukan saja mengikut akta itu malah perlu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Hishamuddin turut menyeru semua mangsa di seluruh negara tampil membuat laporan polis.

"Ramai mangsa takut berbuat demikian kerana diugut oleh ejen skim berkenaan kononnya duit mereka akan lebur jika membuat laporan polis.

"Padahal jika pelaku jenayah penipuan ini tidak dilaporkan kepada polis, ia berisiko akan bertambah lagi mangsa terpedaya dengan jumlah kerugian tentunya semakin tinggi," katanya.

Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, kerjasama erat antara semua agensi perlu diwujudkan supaya pihak berkuasa dapat menjalankan tugas dengan cepat membanteras skim penipuan.

"Pihak berkuasa perlu bertindak tegas serta pantas. Mangsa juga mahu mereka yang terbabit dalam aktiviti skim penipuan seumpamanya menerima hukuman berat," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 10-2-2023 05:58 PM
Edited by Decaffeinated at 10-2-2023 06:19 PM

Ini bukan scammer bodoh2 menyamar LHDN tu tapi next level punya. Nama 'kutu' tu datang kemudian.

Ada tu so canggih jangan pelik bila manager bank, VVIP pun masuk jerat melibatkan billions. Aku malas nak tumpahkan sekarang, tunggu sahaja lah.


edit : ayat kedua tidak merujuk pada case in question.

Quote Imkhai 10-2-2023 06:05 PM
Decaffeinated replied at 10-2-2023 05:58 PM
Ini bukan scammer bodoh2 menyamar LHDN tu tapi next level punya. Nama 'kutu' tu datang kemudian.

Ad ...

Ni kes org2 kayangan ke?,ni msti labur ratus2 ribu dh main billion tu
Quote Decaffeinated 10-2-2023 06:21 PM
Imkhai replied at 10-2-2023 06:05 PM
Ni kes org2 kayangan ke?,ni msti labur ratus2 ribu dh main billion tu

Yup. Ko tengok siapa yang dok depan tu pun dah boleh agak kan.

btw komen aku tadi bukan merujuk pada yang dalam berita ni tapi apa yang sedang berlaku sekarang.



Quote Imkhai 10-2-2023 06:24 PM
Decaffeinated replied at 10-2-2023 06:21 PM
Yup. Ko tengok siapa yang dok depan tu pun dah boleh agak kan.

btw komen aku tadi bukan merujuk p ...

Dok depan?,yg dlm gambar thread ni ke?,atau org politik dlm kerajaan skrng?,knp x meletop lg kes ni beb?,ke sbb bnyk vvip yg trlibat
Quote snowflakes 10-2-2023 06:30 PM
Lain kali main kutu dgn adik beradik sudah la...
Quote Kitty_catz 10-2-2023 06:34 PM
dah 2023 pun kutu still mendonia.. meols ingat jaman2 mak2 meols ajewwww
Quote aechae 10-2-2023 06:38 PM
2 word je… tamak, bodoh.
Quote batu kikir 10-2-2023 06:40 PM
Main kutu itupun dah satu kesalahan. Seseorang bolih didakwa dan didenda atau penjara jika melibatkan diri dlm skim kutu
Quote Decaffeinated 10-2-2023 06:40 PM
Imkhai replied at 10-2-2023 06:24 PM
Dok depan?,yg dlm gambar thread ni ke?,atau org politik dlm kerajaan skrng?,knp x meletop lg kes n ...

Dalam gambar.

Ini baru tips of the iceberg.

Quote Decaffeinated 10-2-2023 06:45 PM
aechae replied at 10-2-2023 06:38 PM
2 word je… tamak, bodoh.

tamak dan bodoh tu relatif, yes?

mereka yang cuma ada sepuluh ribu tu akan rasa seratus ribu tu banyak dan menyangka dia akan happy bila ada sebanyak itu dalam akaun. Cer tanya orang ada sejuta dia lah yang paling semekin dalam circle dia.

Sama juga orang yang rasa dah cukup pandai, always ada lagi yang lebih pandai.



Quote she 10-2-2023 06:50 PM
Kenapa tak simpan sendiri je
Menabung sebulan 200
Habuan duit insurans kete

Usohler komer suruh orang pegangkan duit
Quote kumboiNyoq 19-2-2023 08:24 PM
Aku salah sorg mangsa sapiza ni okeh .????????????..babi punya saving ..masalah nya kwn aku ckp ni kutu extra..extra tu dapat bila org yg main kutu 15bulan pnya xdapat nk bayar lg dh.. jd dorg open lah kt org luar sambung bayar..aku ni percaya ja lah ckp kwn aku...sekali kantoi ni money game..hanat..
Quote blue_blur 19-2-2023 08:49 PM
kumboiNyoq replied at 19-2-2023 08:24 PM
Aku salah sorg mangsa sapiza ni okeh .????????????..babi punya saving ..masalah nya kwn aku ckp ni k ...

tapi, kan dah tau, kalau ada fix date dan fix return, sah money game? benda ni bukan baru, tapi muka2 baru kena..

apa dia sembang sampai terhalang hijab fikir kan ni bukan money game?
Quote little_sis 19-2-2023 09:19 PM
Aku dari dulu x minat main kutu.. sbb aku rasa lambat nak dpt, dan aku rasa better kumpul duit sendiri sikit2.. yg sapiza ni first time aku dgr..
Quote pearl.silver 19-2-2023 09:36 PM
Aku pun xminat main kutu
Masa mula2 keje dulu ada la join. Next year nya i xnk dah join. Baik i simpan dlm tabung je. Sbb i xnmpk apa untungnya main kutu tu.
Turn awal2 mak kutu n the geng dah bolot. Kita dpt turn hujung2. Tak ke sama je mcm kita saving sendiri dlm sarung bantal sendiri?
Quote syamzana 20-2-2023 12:58 AM
first time dgr sapiza ni. iols x pernah join kutu tak kisah la apa kuti sekalipun.
kalau sejenis skim yg pening2 berbelit nak dpt pulangan pun iols skip. iols bab duit ni reti untung atau rugi jah. senang nak pantau
byk duit ummah malaya ni rupanya. berjuta rugi
Quote sukacactus 20-2-2023 05:22 AM
First and the last time main kutu masa fr 5
Masa tu I don’t get it kenapa nak kena org lain pegang duit utk kita menabung
Baik la menabung sdr
Sejak aku sedar aku org yg agak berdisiplin, mmg xpernah la minat nak join main kutu lg
Quote green~tea 20-2-2023 06:56 AM
Edited by green~tea at 20-2-2023 06:58 AM

Nenek aku dulu suka main kutu.. sheols nurse gomen.. biasa dia beli emas lee duit kutu tu...disebabkan aku selalu teman dia gi bayar kutu sebulan skali, aku jadi kenal semua circle kutu dia, hehehe...

Tp konsep kutu ni forced saving tanpa faedah... kalo kutu extra tu lain dah kot.. mana datang income generation tu???

Aku takkan simpan le cara kutu2 ni.. sbb dah rugi part dividen
Quote Radzor 20-2-2023 07:34 AM
Decaffeinated replied at 10-2-2023 05:58 PM
Ini bukan scammer bodoh2 menyamar LHDN tu tapi next level punya. Nama 'kutu' tu datang kemudian.

Ad ...

Citer la skrg.. nape kne tgu lak.. haishh.In general pun xpe



Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.102823 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top