View: 1773|Reply: 20
|
RM50 Juta Lesap Lepas Tertipu Dengan Skim Kutu Ekstra Saving Sapiza
[Copy link]
|
|
Skim kutu digelar 'Ekstra Saving Sapiza' menggunakan modus operandi iklan menarik di pelbagai platform media sosial dengan menjanjikan pulangan lumayan antara 10 hingga 60 peratus daripada wang yang dilaburkan.
Sehingga kini ia sudah menyebabkan kerugian dianggarkan RM50 juta dipercayai membabitkan lebih 1,000 mangsa seluruh negara.
Seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 39, mendakwa dia bersama dua lagi adik-beradiknya mengalami kerugian sebanyak RM70,000 selepas ditipu oleh individu yang menjalankan pelan pelaburan kutu itu.
 Foto: Harian Metro
"Saya melabur wang sebanyak RM7,000 dalam skim kutu itu pada Mac tahun lalu adalah untuk menambah kos perubatan anak lelaki berusia lima tahun yang menghidap kecacatan fizikal (spina bifida).
" elabur dijanjikan pulangan sebanyak 10 hingga 60 peratus seperti yang ditawarkan di dalam pelan pelaburan," kata pemilik warung makan itu pada sidang media pendedahan mangsa anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini, hari ini.
Menurutnya, pelan pelaburan kutu itu dikatakan menyediakan beberapa pakej serta tarikh pulangan wang modal serta keuntungan.
Wati berkata, selain daripada seorang wanita yang juga dianggap 'ibu kutu', terdapat beberapa individu yang ditugaskan sebagai 'admin' untuk membantu menjalankan skim kutu itu.
"Kami berasa ditipu apabila kami tidak mendapat pulangan wang seperti yang telah dijanjikan sejak November tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kebanyakan mangsa penipuan skim kutu itu berasal dari Johor.
"Seramai 60 mangsa tampil membuat aduan kepada MHO dan daripada jumlah itu seramai 30 mangsa sudah membuat laporan polis," katanya.
Hishamuddin berkata, ada juga dalam kalangan mangsa terdiri daripada ustaz, penjawat awam, swasta dan anggota polis.
"Mangsa terpedaya dengan skim itu kerana menawarkan pembayaran ekstra, iaitu suatu kadar yang tidak pernah dijanjikan oleh mana-mana institusi kewangan serta pelaburan yang sah," katanya.
Hishamuddin berkata, beliau difahamkan penganjur skim itu yang dikenali sebagai 'ibu kutu' bersama tujuh ejennya sudah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman semalam untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihaknya jika kes 'ibu kutu' dan ejen terbabit akan diserahkan kepada agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan.
"Kita bimbang, SSM menerusi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) hanya membuat tuduhan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) dengan hukuman maksimum hanya RM500,000 atau penjara," katanya.
Menurutnya, MHO berharap pelaku wajar dikenakan tindakan tegas bukan saja mengikut akta itu malah perlu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Hishamuddin turut menyeru semua mangsa di seluruh negara tampil membuat laporan polis.
"Ramai mangsa takut berbuat demikian kerana diugut oleh ejen skim berkenaan kononnya duit mereka akan lebur jika membuat laporan polis.
" adahal jika pelaku jenayah penipuan ini tidak dilaporkan kepada polis, ia berisiko akan bertambah lagi mangsa terpedaya dengan jumlah kerugian tentunya semakin tinggi," katanya.
Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, kerjasama erat antara semua agensi perlu diwujudkan supaya pihak berkuasa dapat menjalankan tugas dengan cepat membanteras skim penipuan.
" ihak berkuasa perlu bertindak tegas serta pantas. Mangsa juga mahu mereka yang terbabit dalam aktiviti skim penipuan seumpamanya menerima hukuman berat," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Decaffeinated at 10-2-2023 06:19 PM
Ini bukan scammer bodoh2 menyamar LHDN tu tapi next level punya. Nama 'kutu' tu datang kemudian.
Ada tu so canggih jangan pelik bila manager bank, VVIP pun masuk jerat melibatkan billions. Aku malas nak tumpahkan sekarang, tunggu sahaja lah.
edit : ayat kedua tidak merujuk pada case in question.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-2-2023 05:58 PM
Ini bukan scammer bodoh2 menyamar LHDN tu tapi next level punya. Nama 'kutu' tu datang kemudian.
Ad ...
Ni kes org2 kayangan ke?,ni msti labur ratus2 ribu dh main billion tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yup. Ko tengok siapa yang dok depan tu pun dah boleh agak kan.
btw komen aku tadi bukan merujuk pada yang dalam berita ni tapi apa yang sedang berlaku sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-2-2023 06:21 PM
Yup. Ko tengok siapa yang dok depan tu pun dah boleh agak kan.
btw komen aku tadi bukan merujuk p ...
Dok depan?,yg dlm gambar thread ni ke?,atau org politik dlm kerajaan skrng?,knp x meletop lg kes ni beb?,ke sbb bnyk vvip yg trlibat |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali main kutu dgn adik beradik sudah la... |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2023 pun kutu still mendonia.. meols ingat jaman2 mak2 meols ajewwww  |
|
|
|
|
|
|
|
Main kutu itupun dah satu kesalahan. Seseorang bolih didakwa dan didenda atau penjara jika melibatkan diri dlm skim kutu |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam gambar.
Ini baru tips of the iceberg.
|
|
|
|
|
|
|
|
tamak dan bodoh tu relatif, yes?
mereka yang cuma ada sepuluh ribu tu akan rasa seratus ribu tu banyak dan menyangka dia akan happy bila ada sebanyak itu dalam akaun. Cer tanya orang ada sejuta dia lah yang paling semekin dalam circle dia.
Sama juga orang yang rasa dah cukup pandai, always ada lagi yang lebih pandai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak simpan sendiri je
Menabung sebulan 200
Habuan duit insurans kete
Usohler komer suruh orang pegangkan duit |
|
|
|
|
|
|
|
Aku salah sorg mangsa sapiza ni okeh .????????????..babi punya saving ..masalah nya kwn aku ckp ni kutu extra..extra tu dapat bila org yg main kutu 15bulan pnya xdapat nk bayar lg dh.. jd dorg open lah kt org luar sambung bayar..aku ni percaya ja lah ckp kwn aku...sekali kantoi ni money game..hanat.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi, kan dah tau, kalau ada fix date dan fix return, sah money game? benda ni bukan baru, tapi muka2 baru kena..
apa dia sembang sampai terhalang hijab fikir kan ni bukan money game?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dari dulu x minat main kutu.. sbb aku rasa lambat nak dpt, dan aku rasa better kumpul duit sendiri sikit2.. yg sapiza ni first time aku dgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun xminat main kutu
Masa mula2 keje dulu ada la join. Next year nya i xnk dah join. Baik i simpan dlm tabung je. Sbb i xnmpk apa untungnya main kutu tu.
Turn awal2 mak kutu n the geng dah bolot. Kita dpt turn hujung2. Tak ke sama je mcm kita saving sendiri dlm sarung bantal sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
first time dgr sapiza ni. iols x pernah join kutu tak kisah la apa kuti sekalipun.
kalau sejenis skim yg pening2 berbelit nak dpt pulangan pun iols skip. iols bab duit ni reti untung atau rugi jah. senang nak pantau
byk duit ummah malaya ni rupanya. berjuta rugi |
|
|
|
|
|
|
|
First and the last time main kutu masa fr 5
Masa tu I don’t get it kenapa nak kena org lain pegang duit utk kita menabung
Baik la menabung sdr
Sejak aku sedar aku org yg agak berdisiplin, mmg xpernah la minat nak join main kutu lg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 20-2-2023 06:58 AM
Nenek aku dulu suka main kutu.. sheols nurse gomen.. biasa dia beli emas lee duit kutu tu...disebabkan aku selalu teman dia gi bayar kutu sebulan skali, aku jadi kenal semua circle kutu dia, hehehe...
Tp konsep kutu ni forced saving tanpa faedah... kalo kutu extra tu lain dah kot.. mana datang income generation tu???
Aku takkan simpan le cara kutu2 ni.. sbb dah rugi part dividen |
|
|
|
|
|
|
|
Citer la skrg.. nape kne tgu lak.. haishh.In general pun xpe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|