NEW DELHI – Seekor unta di India dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung selepas ia ‘mengunyah’ kepala tuannya, lapor portalberita MailOnline. Pemiliknya, Sohanram Nayak cuba menangkap semula haiwan yang mengamuk itu selepas terlepas daripada ikatan tali dan cuba mengejar seekor unta lain di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan.
Haiwan itu kemudian menggigit leher pemiliknya, mencampakkannya ke tanah dan ‘mengunyah’ kepala Nayak, demikian menurut laman berita The Times of India. Dalam video yang tular di media sosial, sekurang-kurangnya enam orang bersenjatakan kayu mengikat unta itu pada sebatang pokok sebelum dipukul hingga mati pada Isnin lalu. Haiwan itu dilihat tersungkur selepas serangan tersebut manakala kamera turut menunjukkan tuannya sudah tidak bernyawa. Menurut laporan tempatan, ahli keluarga mangsa terlibat dalam memukul unta berkenaan manakala jasad Nayak diserahkan kepada saudara-maranya selepas bedah siasat dilakukan.
Tiada aduan dibuat setakat ini berhubung pembunuhan haiwan itu. – CARI Sumber: Kosmo
|
azurro replied at 9-2-2023 07:00 PM
Nampak kurus semacam ja unta tu,
Tak bagi makan kot...
green~tea replied at 9-2-2023 10:35 AM
Unta jantan mmg ganassss uolzzz
Dan nature unta jantan ni mesti berpoligami & cemburu buta & kuat s ...
dua_chzy replied at 10-2-2023 02:00 PM
Dah kenapa unta ngikut juga perangai leluhur tempat asal usul heshe uols. Btw aiols baru tau hari ...
mejaputih replied at 10-2-2023 06:51 AM
sama la iols pun br tahu hari ni...pengetahuan am..jgn kacau unta kalau ia nk approach unta lain.. ...
dua_chzy replied at 10-2-2023 02:00 PM
Dah kenapa unta ngikut juga perangai leluhur tempat asal usul heshe uols. Btw aiols baru tau hari ...
ADVERTISEMENT