CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1665|Reply: 18

Unta Dibelasah Sampai Mati Lepas Bunuh Dan Kunyah Kepala Tuan

[Copy link]
Post time 9-2-2023 06:17 PM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI – Seekor unta di India dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung selepas ia ‘mengunyah’ kepala tuannya, lapor portalberita MailOnline.


Pemiliknya, Sohanram Nayak cuba menangkap semula haiwan yang mengamuk itu selepas terlepas daripada ikatan tali dan cuba mengejar seekor unta lain di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan.


Haiwan itu kemudian menggigit leher pemiliknya, mencampakkannya ke tanah dan ‘mengunyah’ kepala Nayak, demikian menurut laman berita The Times of India.


Foto: twitter




Dalam video yang tular di media sosial, sekurang-kurangnya enam orang bersenjatakan kayu mengikat unta itu pada sebatang pokok sebelum dipukul hingga mati pada Isnin lalu.


Haiwan itu dilihat tersungkur selepas serangan tersebut manakala kamera turut menunjukkan tuannya sudah tidak bernyawa.


Menurut laporan tempatan, ahli keluarga mangsa terlibat dalam memukul unta berkenaan manakala jasad Nayak diserahkan kepada saudara-maranya selepas bedah siasat dilakukan.


Tiada aduan dibuat setakat ini berhubung pembunuhan haiwan itu. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 06:23 PM | Show all posts
Kalau ko pun tengah kejar betina tetiber unta tu kacau haruslah ko pun kunyah kepala unta tu.

Dah bela unta, otak pun serupa unta.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Unta jantan mmg ganassss uolzzz

Dan nature unta jantan ni mesti berpoligami & cemburu buta & kuat seks.. maknanya dlm sekandang unta... ko kena letak 1 je unta jantan dan minimum 7 betina... samada 7,9,11 unta betina....

Kalo 2 jantan dlm sekandang (sekumpulan), nnti unta2 jantan tu akan saling berbunuhan....

Ni tuan ladang unta laa duk bercerita kat aku masa aku ziarah2 masa gi umrah few times... kalo dia kelentong aku, means aku pun kelentong korang lewww
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 06:43 PM | Show all posts
barbaric nya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak kurus semacam ja unta tu,
Tak bagi makan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
azurro replied at 9-2-2023 07:00 PM
Nampak kurus semacam ja unta tu,
Tak bagi makan kot...

Kurus tak dpt mengawan.....

Dtg unta betina, dihalang pulak tuannya.....
Kunyah lah kepala.....

* Bila air dah naik kapla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepantangan unta katanya adalah jika ada manusia tengok dia tgh mengawan..dia akan belasah org tu dan kalau x dapat pun dia akan ingat ya siapa org tu..siaplah kau. Ni org yg cerita masa aku g umrah dulu kala. Kalau tak betul ampun maap dipinta hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapalah dibunuh unta tu? tanya la unta tu dulu kenapa dia bunuh tuan dia. hawau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 08:27 AM | Show all posts
tuan la tu yg slah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:42 AM | Show all posts
seolah mengunyah cinggam ehh
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:10 AM | Show all posts
baik sembelih buat kenduri arwah tuan yg meninggal tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:45 AM | Show all posts
baik la sembelih je unta tu buat kenduri arwah tuan dia sampai malam ke 3, ke 7, ke 40, ke 100 sebab daging banyak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas dorang bunuh, daging tu dia pack2 jual . Dorang peduli apa


kat mersing i pernah nampak org2 tarik lembu yg dorang langgar , probably mmg sengaja nak dpt untung dari hasil curian… dorang lepa2 daging & masuk dlm kotak polisterin. Dorang peduli apa sembelih ke tak. Mencuri pun dah tak betul…
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:39 PM | Show all posts
pabila manusia lagi bodoh dari hewan

haihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 9-2-2023 10:35 AM
Unta jantan mmg ganassss uolzzz

Dan nature unta jantan ni mesti berpoligami & cemburu buta & kuat s ...

Dah kenapa unta ngikut juga perangai leluhur tempat asal usul heshe uols. Btw aiols baru tau hari ni unta ni serupa jantan hanat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 02:51 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-2-2023 02:00 PM
Dah kenapa unta ngikut juga perangai leluhur tempat asal usul heshe uols. Btw aiols baru tau hari  ...

sama la iols pun br tahu hari ni...pengetahuan am..jgn kacau unta kalau ia nk approach unta lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-2-2023 06:51 AM
sama la iols pun br tahu hari ni...pengetahuan am..jgn kacau unta kalau ia nk approach unta lain.. ...

Nampaknya anjing lagik relaks dari unta. Area aiols banyak anjing. Kalau aiols rasa kebisingan meka mengawan atau kesian anjing betina dirogol beramai2 oleh anjing jantan, aiols biasanya siram air or untuk leraikan deols (tapi berkesan kejap je. Ko tak nampak, dah berzina balik). Setakat ini idok la ai dikekah sampai hilang kepala. Tapi buat kat anjing kampung ja. Kalau rottweiler ka apa aiols tak jamin selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-2-2023 02:00 PM
Dah kenapa unta ngikut juga perangai leluhur tempat asal usul heshe uols. Btw aiols baru tau hari  ...

Bukan unta mengikut perangai lobai poligami... tp lobai yang gatai punai inspired dgn peel unta
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 10-2-2023 07:01 AM
Bukan unta mengikut perangai lobai poligami... tp lobai yang gatai punai inspired dgn peel unta :l ...

Aiyo ropanya terbalik suda~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.318474 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list