CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bau Best La Kat Dalam Tu' -Mengutuk Kaum India, Pemain Hoki Digantung Wakili Negara

9-2-2023 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9135| Komen: 132

Pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada mewakili negara dalam mana-mana pertandingan antarabangsa, termasuk Sukan SEA Kemboja pada Mei depan.

Keputusan itu berikutan kenyataan berbaur perkauman yang dikongsikan Hanis di laman Twitter baru-baru ini mengenai konsert komposer dari India, AR Rahman di Stadium Nasional di Bukit Jalil, bulan lalu.


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan Hanis bersalah membuat komen yang merujuk kepada kaum tertentu.

Foto: FB

"Hasil daripada sesi temubual dan selepas memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, Jawatankuasa Siasatan merumuskan bahawa Hanis memuatnaik ciapan komen yang berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.


"Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, sebagai pemain hoki negara, Hanis didapati bersalah kerana membuat komen yang mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM yang jelas melanggar kod etika KHM.

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Siasatan memutuskan untuk KHM tidak mempertimbangkan Hanis dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KHM akan menilai semula keputusan ini sekiranya Hanis mempamerkan perubahan sikap yang positif sepanjang tempoh berkenaan.

KBS berkata pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang komen perkauman yang dibuat oleh atlet.

Terdahulu, Hanis memuat naik komen berbaur perkauman mengenai penonton yang menghadiri konsert itu pada 28 Januari lalu.

Atlet itu menulis 'bau best la kat dalam tu' berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert berkenaan.

Pemain hoki kelahiran Kluang itu kemudian memohon maaf secara terbuka di akaun media sosialnya pada 29 Januari di atas komen tersebut.

Jawatankuasa Siasatan juga telah menemu bual Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli, di mana pemain itu mengaku membuat komen di akaun media sosialnya dan meluahkan kekasalan di atas tindakannya. -CARI

Sumber: mStar/ THE STAR

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 9-2-2023 05:28 PM
Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merasa.
Quote cmf_acura 9-2-2023 05:56 PM
20 puluh kali aku baca.... tak jumpa pun dia tulis tu rasist... ni dah terlebih terasa...
Quote bunnyj3lly 9-2-2023 06:04 PM
betul.. cakap siang memang kena pandang2. Dah kena gantung. Rasis laa sbb exactly refers pada bau orang India yg majoriti dtg konsert AR Rahman tu. Syabas on this decision KBS and KHM.
Quote cmf_acura 9-2-2023 06:10 PM
bunnyj3lly replied at 9-2-2023 06:04 PM
betul.. cakap siang memang kena pandang2. Dah kena gantung. Rasis laa sbb exactly refers pada bau or ...

mengarut je.... ayat mana yg ada tulis dia refer tu?

Quote cmf_acura 9-2-2023 06:11 PM
kalau bawa ke mahkamah confirm menang....
Quote tahanie 9-2-2023 06:12 PM
Memang padan. Harap kalau dia buat rayuan tak dipertimbangkanlah
Quote she 9-2-2023 06:20 PM
Moral of the story
Kalau teda benda baik nak cakap
Lebih baik diam

Quote dua_chzy 9-2-2023 06:22 PM
Kerana buduh, karier binasa.
Quote mizzmimi 9-2-2023 06:23 PM
Dia kata bau best kan? Bau jasmine? Indian kan suka bau gitu..
Quote mizzmimi 9-2-2023 06:24 PM
Jap lagi akak yang kena ban kang..
Quote cmf_acura 9-2-2023 06:26 PM
kalau aku masuk court je... minta ganti rugi, dan jatuhkan maruah .. contirm menang... duit free ni....
Quote prince_marhaen 9-2-2023 06:29 PM


sebab dia komen dekat posting berkaitan konsert tersebut.
Quote she 9-2-2023 06:32 PM
prince_marhaen replied at 9-2-2023 06:29 PM
sebab dia komen dekat posting berkaitan konsert tersebut.

Memahami

Sebagai individu yang mewakili nama negara
Adalah lebih baik fokus pada pencapaian rekod diri
Dari mencapub di media sosial

Pendek kata kurangkan mengomen benda tak penting
Panjang kata kena hati2 ramai memerhati kita sebagai public figure
Quote pooh~key 9-2-2023 06:35 PM
Akak anti racist tapi akak lagilah anti blocking freedom of speech dek. Dalam kes ni akak rasa dek budus pemain hoki tak reti2 nak komen pakai fake akaun tu tak bersalah dekkk….
Quote Decaffeinated 9-2-2023 06:39 PM
cmf_acura replied at 9-2-2023 05:56 PM
20 puluh kali aku baca.... tak jumpa pun dia tulis tu rasist... ni dah terlebih terasa...

Ternyata otak kamu sudah dihijab (aka acah2 naif) sehingga tidak dapat membaca apa yang tersirat.



Quote dinosaurpink 9-2-2023 06:44 PM
Edited by dinosaurpink at 9-2-2023 06:49 PM

Dia komen pasal/di video ini
[ig]https://www.instagram.com/p/Cn9eYe9j5Iu/[/ig]

Kalau setakat baca ayat kosmo online tu semata2 mmg la rasa mcm xde apa2
Quote _blackbird 9-2-2023 06:48 PM
sebagai public figure tak perlu lah nak mencirit komen merata dengan acc yg ada bluetick. baik diam je, limit post hal related to your field and achievement. ko korek hidung dlm kereta pon org lain rengse nokkk... apa lagi ko cirit komen merepek2
Quote vespa_oren 9-2-2023 06:52 PM
aku sangat berhati2 dgn komen di media sosial slps ada aku komen di fb smpai pegawai tu turun cari aku , smpai nk suro kne tindakan tatatertib
Quote margo20 9-2-2023 06:56 PM
This is why i dont have fb twitter insta ape sume tuh sbb mulut aku kdg pun tak bole control [em:4:]

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.244943 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top