View: 8228|Reply: 130
|
'Bau Best La Kat Dalam Tu' -Mengutuk Kaum India, Pemain Hoki Digantung Wakili Negara
[Copy link]
|
|
Pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada mewakili negara dalam mana-mana pertandingan antarabangsa, termasuk Sukan SEA Kemboja pada Mei depan.
Keputusan itu berikutan kenyataan berbaur perkauman yang dikongsikan Hanis di laman Twitter baru-baru ini mengenai konsert komposer dari India, AR Rahman di Stadium Nasional di Bukit Jalil, bulan lalu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan Hanis bersalah membuat komen yang merujuk kepada kaum tertentu.
 Foto: FB
"Hasil daripada sesi temubual dan selepas memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, Jawatankuasa Siasatan merumuskan bahawa Hanis memuatnaik ciapan komen yang berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.
"Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan berkenaan lagi, sebagai pemain hoki negara, Hanis didapati bersalah kerana membuat komen yang mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM yang jelas melanggar kod etika KHM.
"Sehubungan itu, Jawatankuasa Siasatan memutuskan untuk KHM tidak mempertimbangkan Hanis dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, KHM akan menilai semula keputusan ini sekiranya Hanis mempamerkan perubahan sikap yang positif sepanjang tempoh berkenaan.
KBS berkata pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang komen perkauman yang dibuat oleh atlet.
Terdahulu, Hanis memuat naik komen berbaur perkauman mengenai penonton yang menghadiri konsert itu pada 28 Januari lalu.
Atlet itu menulis 'bau best la kat dalam tu' berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert berkenaan.
Pemain hoki kelahiran Kluang itu kemudian memohon maaf secara terbuka di akaun media sosialnya pada 29 Januari di atas komen tersebut.
Jawatankuasa Siasatan juga telah menemu bual Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli, di mana pemain itu mengaku membuat komen di akaun media sosialnya dan meluahkan kekasalan di atas tindakannya. -CARI
Sumber: mStar/ THE STAR |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merasa. |
|
|
|
|
|
|
|
20 puluh kali aku baca.... tak jumpa pun dia tulis tu rasist... ni dah terlebih terasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
betul.. cakap siang memang kena pandang2. Dah kena gantung. Rasis laa sbb exactly refers pada bau orang India yg majoriti dtg konsert AR Rahman tu. Syabas on this decision KBS and KHM. |
|
|
|
|
|
|
|
mengarut je.... ayat mana yg ada tulis dia refer tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bawa ke mahkamah confirm menang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang padan. Harap kalau dia buat rayuan tak dipertimbangkanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Moral of the story
Kalau teda benda baik nak cakap
Lebih baik diam
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerana buduh, karier binasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kata bau best kan? Bau jasmine? Indian kan suka bau gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap lagi akak yang kena ban kang.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku masuk court je... minta ganti rugi, dan jatuhkan maruah .. contirm menang... duit free ni.... |
|
|
|
|
|
|
|

sebab dia komen dekat posting berkaitan konsert tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 9-2-2023 06:29 PM
sebab dia komen dekat posting berkaitan konsert tersebut.
Memahami
Sebagai individu yang mewakili nama negara
Adalah lebih baik fokus pada pencapaian rekod diri
Dari mencapub di media sosial
Pendek kata kurangkan mengomen benda tak penting
Panjang kata kena hati2 ramai memerhati kita sebagai public figure |
|
|
|
|
|
|
|
Akak anti racist tapi akak lagilah anti blocking freedom of speech dek. Dalam kes ni akak rasa dek budus pemain hoki tak reti2 nak komen pakai fake akaun tu tak bersalah dekkk….  |
|
|
|
|
|
|
|
Ternyata otak kamu sudah dihijab (aka acah2 naif) sehingga tidak dapat membaca apa yang tersirat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dinosaurpink at 9-2-2023 06:49 PM
Dia komen pasal/di video ini
Kalau setakat baca ayat kosmo online tu semata2 mmg la rasa mcm xde apa2
|
|
|
|
|
|
|
|
sebagai public figure tak perlu lah nak mencirit komen merata dengan acc yg ada bluetick. baik diam je, limit post hal related to your field and achievement. ko korek hidung dlm kereta pon org lain rengse nokkk... apa lagi ko cirit komen merepek2 |
|
|
|
|
|
|
|
aku sangat berhati2 dgn komen di media sosial slps ada aku komen di fb smpai pegawai tu turun cari aku , smpai nk suro kne tindakan tatatertib |
|
|
|
|
|
|
|
This is why i dont have fb twitter insta ape sume tuh sbb mulut aku kdg pun tak bole control [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
| |
|