CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Tahan Sakit, Bawa Kelindan Tersepit Kemalangan Terus Ke Hospital

9-2-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 913| Komen: 2

Jitra: Seorang lelaki memandu lori yang remuk sambil menahan kesakitan demi membawa kelindannya yang cedera parah ke Hospital Jitra (HJ) sejurus selepas kemalangan.

Video yang ditular di TikTok sejak semalam itu menunjukkan pemandu berkenaan kelihatan cemas selepas melihat kelindannya tersepit akibat kemalangan itu.


Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 7 Februari lalu.




Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku membabitkan lori berkenaan dengan sebuah mesin padi di Jalan Sungai Korok.

"Bagaimanapun, pihak hospital tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kes ini.

"Pesakit dipercayai memandu sendiri lori berkenaan ke HJ dan berhenti betul-betul di hadapan Unit Kecemasan dan Trauma hospital.

"Anggota kecemasan kemudian membantu segera serta mengeluarkan pesakit dari lori berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Dr Othman berkata, pemandu lori terbabit mengalami kecederaan ringan manakala kelindan lori tersepit di bahagian tempat duduk dan berjaya dikeluarkan.

"Pesakit (kelindan) dibawa dengan segera ke Zon Merah untuk diberi rawatan manakala pemandu lori diberi rawatan sebagai pesakit luar.

"Kelindan lori mengalami kecederaan dalam abdomen dan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 10-2-2023 08:24 AM
sian, semoga sorga
Quote sangbara2020 10-2-2023 09:44 AM
syg dia dgn kelindan...selalu xngam nau

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.172178 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top