CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 2

Pemandu Lori Tahan Sakit, Bawa Kelindan Tersepit Kemalangan Terus Ke Hospital

[Copy link]
Post time 9-2-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Jitra: Seorang lelaki memandu lori yang remuk sambil menahan kesakitan demi membawa kelindannya yang cedera parah ke Hospital Jitra (HJ) sejurus selepas kemalangan.


Video yang ditular di TikTok sejak semalam itu menunjukkan pemandu berkenaan kelihatan cemas selepas melihat kelindannya tersepit akibat kemalangan itu.


Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 7 Februari lalu.










Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku membabitkan lori berkenaan dengan sebuah mesin padi di Jalan Sungai Korok.


"Bagaimanapun, pihak hospital tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kes ini.


"esakit dipercayai memandu sendiri lori berkenaan ke HJ dan berhenti betul-betul di hadapan Unit Kecemasan dan Trauma hospital.


"Anggota kecemasan kemudian membantu segera serta mengeluarkan pesakit dari lori berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Dr Othman berkata, pemandu lori terbabit mengalami kecederaan ringan manakala kelindan lori tersepit di bahagian tempat duduk dan berjaya dikeluarkan.


"esakit (kelindan) dibawa dengan segera ke Zon Merah untuk diberi rawatan manakala pemandu lori diberi rawatan sebagai pesakit luar.


"Kelindan lori mengalami kecederaan dalam abdomen dan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 08:24 AM | Show all posts
sian, semoga sorga
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:44 AM | Show all posts
syg dia dgn kelindan...selalu xngam nau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.093905 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list