CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertipu Dengan Tawaran Kerja, Remaja Perempuan Dikurung Dan Dirogol- Suspek Dah Kena Cekup!

9-2-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3015| Komen: 32

SUNGAI PETANI: Lelaki yang disyaki mengurung dan merogol seorang remaja perempuan yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial dalam kejadian pada Sabtu lalu diberkas polis empat hari kemudian.

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dalam satu operasi berkaitan dadah di Taman Intan, di sini kira-kira pukul 5 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek sebelum itu ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan membabitkan kes dadah.

Gambar Hiasan

“Selepas meneliti laporan polis yang dibuat remaja perempuan yang mendakwa dia dikurung dan dirogol suspek, pihak kita mendapati lelaki yang sudah ditahan akibat kes dadah itu dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

“Oleh itu, dia kini disambung reman bermula semalam sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pula,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Kata Zaidy, pihaknya kini dalam proses menjejaki rakan suspek untuk membantu siasatan di bawah seksyen sama.

Terdahulu, gara-gara terpedaya dengan tawaran kerja diberikan lelaki yang baru dikenali dua bulan lalu, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa nafsu buas suspek yang mengurungnya selama dua hari dalam bilik sebuah rumah di Bedong, di sini.

Mangsa yang tinggal di Kampung Kuala Begia, Sik diambil suspek di rumahnya untuk dibawa melihat sebuah kedai runcit milik kawan suspek di Gurun yang kononnya memerlukan pekerja.

Remaja itu mengikuti lelaki terbabit sambil membawa adik perempuannya yang berusia enam tahun sebelum kedua-dua mereka dibawa ke rumah berkenaan dan dikurung tanpa diberikan makan dan minum selama satu hari.

Mangsa membuat laporan polis pada pukul 6 petang, kelmarin sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Setakat ini, polis mengesahkan adik mangsa tidak diapa-apakan kecuali berada dalam keadaan lemah akibat tidak menjamah sebarang makanan ketika dikurung. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 9-2-2023 03:38 PM
Mangsa bawa adik meneman
Maknanya memang jenis lurus budaknya
Niat nak cari rezki

Tagune punya jate
Quote Lily_Elizabeth_ 9-2-2023 03:39 PM
Ya Allah.
Siannya lah dis girl.
Aduh.
Babi punya jantan hodoh.
Quote wirazam 9-2-2023 03:59 PM
Mana menteri besar Kedah tuhhh
Quote s@s@ 9-2-2023 04:22 PM
Nusi, area hang ni...
Quote batmana 9-2-2023 04:25 PM
Mak pak penjaga mana?
Kesianlah wei..anak hang tu .kt luar ramai org gila..
Quote tikusmontok 9-2-2023 04:28 PM
Kenapa la ko ikut lahanat tu dik?
Quote TOPwind 9-2-2023 04:31 PM
BAKAR JE KOTE DIA SAMPAI HANGUS
Quote fealefea 9-2-2023 04:32 PM
Teringat kenaifan aku dulu. Ade sorang mamat dlm umo 40 an ajak aku ngan dan anak sedara die p interview petronas ye. Aku jumpe die sbb die letak iklan kerja. Betapa desperetnya aku masa tu. Keje x de. Pastu allah turunkan ujan lebat, aku tetap degil nk p, skali ade kereta lalu terpercik air lecak dia. Aku mengalah. Punya la Allah nk jaga aku.

Quote kepompong 9-2-2023 04:36 PM
undang2 skrg tak melindungi mangsa. Tupasal org jahat berani je buat jahat . Nnt duk penjara kejap jek.. makan free … habis tempoh keluar  buat lagi . The cycle continues

bila lah malaysia nak but undang2 perogol ni bayar gantirugi trauma & kerugian yg dialami mangsa
Quote kepompong 9-2-2023 04:36 PM
*buat

typo
Quote vanillaninja 9-2-2023 04:41 PM
Kesiannya. Nasib baik adik 6 tahun tu tak diusik. Memang mangsa betul2 desperate nak kerja. Lurus pulak tu
Quote orangbiasaje 9-2-2023 06:04 PM
kepompong: undang2 skrg tak melindungi ma ...


Ikut Islam, mangsa rogol boleh bunuh perogolnya. Rasa cam setuju je kalau jadi unde-unde
Quote she 9-2-2023 06:23 PM
kepompong replied at 9-2-2023 04:36 PM
undang2 skrg tak melindungi mangsa. Tupasal org jahat berani je buat jahat . Nnt duk penjara kejap j ...

Nanti jadi macam gadis India yang bunuh perogol dia sendiri
Pastu kena bicara pasal membunuh
Kejadian berlaku dia tepi jalan
Ingat2 lupa dah
Quote Prickford 9-2-2023 06:25 PM
batmana replied at 9-2-2023 08:25 AM
Mak pak penjaga mana?
Kesianlah wei..anak hang tu .kt luar ramai org gila..

Semalam baca, katanya kenal dekat Omi. Offer kerja. Budak ni pon pegi la ngikut, bawak adiknya sebab parents takde kat umah. Lepas makan je, terus tak sedar. Bila sedar tengok dah bogel. Kesian nya lahai.

Quote cmf_acura 9-2-2023 06:30 PM
wirazam replied at 9-2-2023 03:59 PM
Mana menteri besar Kedah tuhhh

tak panggil PM ke?  
Quote -Suri- 9-2-2023 07:12 PM
Celaka betul
Quote kepompong 9-2-2023 08:12 PM
she replied at 9-2-2023 06:23 PM
Nanti jadi macam gadis India yang bunuh perogol dia sendiri
Pastu kena bicara pasal membunuh
Kejad ...

kat negara omputih pernah berlaku perogol yg keluar penjara cari mangsa sbb balas dendam disebabkan mangsa, dia kena masuk penjara . Baca kat porom sini jugak dulu… perempuan tu kena culik , dera, rogol & kena bunuh. Malang sungguh nasib dia . Anyway.. rogol is about dera & keganasan
Quote she 9-2-2023 08:57 PM
kepompong replied at 9-2-2023 08:12 PM
kat negara omputih pernah berlaku perogol yg keluar penjara cari mangsa sbb balas dendam disebabka ...

Kesiannyaaaaaaa

Kalau negara Taliban
Disuruh perogol kawen dengan mangsa
Setel katanya
Quote wirazam 10-2-2023 12:20 AM
cmf_acura replied at 9-2-2023 06:30 PM
tak panggil PM ke?

Ikut urutan dulu sis utk meratib hahaha

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.070187 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top