View: 2639|Reply: 31
|
Tertipu Dengan Tawaran Kerja, Remaja Perempuan Dikurung Dan Dirogol- Suspek Dah Kena Cekup!
[Copy link]
|
|
SUNGAI PETANI: Lelaki yang disyaki mengurung dan merogol seorang remaja perempuan yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial dalam kejadian pada Sabtu lalu diberkas polis empat hari kemudian.
Suspek berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dalam satu operasi berkaitan dadah di Taman Intan, di sini kira-kira pukul 5 petang, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek sebelum itu ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan membabitkan kes dadah.
 Gambar Hiasan
“Selepas meneliti laporan polis yang dibuat remaja perempuan yang mendakwa dia dikurung dan dirogol suspek, pihak kita mendapati lelaki yang sudah ditahan akibat kes dadah itu dipercayai terlibat dalam kes terbabit.
“Oleh itu, dia kini disambung reman bermula semalam sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pula,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kata Zaidy, pihaknya kini dalam proses menjejaki rakan suspek untuk membantu siasatan di bawah seksyen sama.
Terdahulu, gara-gara terpedaya dengan tawaran kerja diberikan lelaki yang baru dikenali dua bulan lalu, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa nafsu buas suspek yang mengurungnya selama dua hari dalam bilik sebuah rumah di Bedong, di sini.
Mangsa yang tinggal di Kampung Kuala Begia, Sik diambil suspek di rumahnya untuk dibawa melihat sebuah kedai runcit milik kawan suspek di Gurun yang kononnya memerlukan pekerja.
Remaja itu mengikuti lelaki terbabit sambil membawa adik perempuannya yang berusia enam tahun sebelum kedua-dua mereka dibawa ke rumah berkenaan dan dikurung tanpa diberikan makan dan minum selama satu hari.
Mangsa membuat laporan polis pada pukul 6 petang, kelmarin sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Setakat ini, polis mengesahkan adik mangsa tidak diapa-apakan kecuali berada dalam keadaan lemah akibat tidak menjamah sebarang makanan ketika dikurung. –CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa bawa adik meneman
Maknanya memang jenis lurus budaknya
Niat nak cari rezki
Tagune punya jate |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.
Siannya lah dis girl.
Aduh.
Babi punya jantan hodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana menteri besar Kedah tuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak penjaga mana?
Kesianlah wei..anak hang tu .kt luar ramai org gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la ko ikut lahanat tu dik?  |
|
|
|
|
|
|
|
BAKAR JE KOTE DIA SAMPAI HANGUS |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kenaifan aku dulu. Ade sorang mamat dlm umo 40 an ajak aku ngan dan anak sedara die p interview petronas ye. Aku jumpe die sbb die letak iklan kerja. Betapa desperetnya aku masa tu. Keje x de. Pastu allah turunkan ujan lebat, aku tetap degil nk p, skali ade kereta lalu terpercik air lecak dia. Aku mengalah. Punya la Allah nk jaga aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
undang2 skrg tak melindungi mangsa. Tupasal org jahat berani je buat jahat . Nnt duk penjara kejap jek.. makan free … habis tempoh keluar buat lagi . The cycle continues
bila lah malaysia nak but undang2 perogol ni bayar gantirugi trauma & kerugian yg dialami mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Nasib baik adik 6 tahun tu tak diusik. Memang mangsa betul2 desperate nak kerja. Lurus pulak tu  |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong: undang2 skrg tak melindungi ma ...
Ikut Islam, mangsa rogol boleh bunuh perogolnya. Rasa cam setuju je kalau jadi unde-unde |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 9-2-2023 04:36 PM
undang2 skrg tak melindungi mangsa. Tupasal org jahat berani je buat jahat . Nnt duk penjara kejap j ...
Nanti jadi macam gadis India yang bunuh perogol dia sendiri
Pastu kena bicara pasal membunuh
Kejadian berlaku dia tepi jalan
Ingat2 lupa dah |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam baca, katanya kenal dekat Omi. Offer kerja. Budak ni pon pegi la ngikut, bawak adiknya sebab parents takde kat umah. Lepas makan je, terus tak sedar. Bila sedar tengok dah bogel. Kesian nya lahai.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak panggil PM ke? 
|
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 9-2-2023 06:23 PM
Nanti jadi macam gadis India yang bunuh perogol dia sendiri
Pastu kena bicara pasal membunuh
Kejad ...
kat negara omputih pernah berlaku perogol yg keluar penjara cari mangsa sbb balas dendam disebabkan mangsa, dia kena masuk penjara . Baca kat porom sini jugak dulu… perempuan tu kena culik , dera, rogol & kena bunuh. Malang sungguh nasib dia . Anyway.. rogol is about dera & keganasan |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 9-2-2023 08:12 PM
kat negara omputih pernah berlaku perogol yg keluar penjara cari mangsa sbb balas dendam disebabka ...
Kesiannyaaaaaaa
Kalau negara Taliban
Disuruh perogol kawen dengan mangsa
Setel katanya |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_acura replied at 9-2-2023 06:30 PM
tak panggil PM ke?
Ikut urutan dulu sis utk meratib hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|